CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Nafsu Membuak Ketika Ke Bazar? - Ini Tip Untuk Berjimat Kalau Ke Bazar Ramadan

25-5-2018 12:34 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 3120| Komen: 17|Original author: Oleh: Faizal

Bila tiba bulan Ramadan je, sudah pasti ramai yang tertunggu-tunggu nak pergi Bazaar Ramadan kan? Sudah pasti anda terbayang-bayang juadah yang macam-macam dijual di sana. Ayam golek, nasi tomato, nasi kukus dan bermacam lagi nasi ada dijual. Belum lagi bila bercerita tentang air minuman. Bermacam jenis air pelbagai perisa dan warna juga terjual di bazaar Ramadan. 


Foto: Google

Tapi, pernah tak terjadi bila anda berkunjung di bazaar Ramadan, tanpa anda sedari, tangan anda begitu penuh membawa pelbagai juadah dan minuman untuk dibawa pulang. Biasa la, ketika perut lapar, memang kita tidak sedar apa yang kita beli. Oleh sebab itu, kita harus bijak mengawal nafsu untuk membeli juadah berbuka di bazaar Ramadan agar tidak berlakunya pembaziran waktu berbuka nanti. 

Foto: google


Jom ikuti tips dan panduan untuk anda mengawal nafsu membeli juadah berbuka di bazaar Ramadan.

1. Buat Keputusan Awal

Lepas solat Asar tu apa kata terus fikir apa yang hendak dibeli di bazar nanti. Jangan pergi ke bazar baru nak fikir. Itulah penyebab dan terbeli banyak-banyak. Pastikan beli tidak lebih dua-tiga jenis lauk sahaja.

2. Jangan Bawa Duit Lebih

Jangan bawa duit yang berlebihan sebab anda akan beli makanan yang berlebihan. Contohnya bawa RM20 sahaja. Jadi takdelah anda nak borong semua untuk juadah berbuka nanti. Dompet tinggal siap-siap dalam kereta.

Foto Carian internet
3. Kirim Kepada Kawan

Eloklah anda kirim saja supaya kawan ataupun keluarga pergi membeli untuk anda di bazaar Ramadan. Biasa la kalau perut lapar, semua benda nak makan.

4. Berkunjung lewat ke bazar ramadan

Haa, bila berkunjung lewat ke bazaar Ramadan. Waktu berbuka pun sudah semakin hampir, mesti anda akan beli juadah mana yang sempat sahaja. Beli kuih-muih sikit. Pandang kiri kanan. Toleh depan dan belakang. Terus balik untuk berbuka puasa. Jadi tak la lama sangat anda berada di bazaar Ramadan. Kurang la sikit godaan. 

Foto Iluminasi
Jadi, ikuti panduan ini bersama ya! Ingat! Jangan membazir ketika anda membeli juadah berbuka di bazaar Ramadan. Bersederhanalah. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 25-5-2018 01:30 PM
Tak yah la boh gambar
Quote sapeka 25-5-2018 02:01 PM
tahun ni belum sekali singgah
Quote EvieWanKenobi 25-5-2018 02:08 PM
dari lepas Zohor lagi dah plan nak beli apa..
Quote cmf_premierleag 25-5-2018 02:44 PM
jujurin, tahun ni mmg akak bawak RM 10 je gi bazar
sbb laki akak oustation..so akak berbuka sowang2 mcm org bujang
murtabak daging RM 4, cucur udang RM 2, tepung pelita RM 3..ada la belen lg singgit
makan tu je akak dah bleh kenyang

Quote myakayina 25-5-2018 02:52 PM
adoi..pic murtabak tu..
Quote gummiebear 25-5-2018 02:52 PM
Masalahnya bila dah sampai sana apa yang plan pun habis melayang tah ke mana jadi iols awal2 lagi memang tak jejak param.. setakat ini
Quote insulin 25-5-2018 03:06 PM
cmf_premierleag replied at 25-5-2018 02:44 PM
jujurin, tahun ni mmg akak bawak RM 10 je gi bazar
sbb laki akak oustation..so akak berbuka sowang2 ...

Anak-anak x bawa sekali ke, kak?
Quote bellaa 25-5-2018 03:29 PM
sedap betoi murtabak tu
Quote cmf_premierleag 25-5-2018 03:41 PM
insulin replied at 25-5-2018 03:06 PM
Anak-anak x bawa sekali ke, kak?

akak blom ada anak dik


Quote Artemesiaa 25-5-2018 04:17 PM
Dah berapa tahun tak jejak param ni sejak kebanyakan makanan yang dijual tak sedap dan ada yang recycle
Quote lasagnaklcc 25-5-2018 06:24 PM
Pegi param carik kuih dgn air je selalunya. So tak luak byk sgt.
Quote renko 26-5-2018 04:09 PM
pergi pasar ramadhan baik carik orang yang familiar je meniaga
dr tah sape2 yang niaga rase kelaut sume
Quote sinalegna 27-5-2018 12:03 AM
Aku kalo beli set dulu.. contoh boleh 2 jenis kuih + 2 main course. Kalo 3 kuih then 1 je main course

Kadang terliur sbb nmpk sedap but bila mkn tak lalu pon, tak selera gamaknye kot
Quote 234126 29-5-2018 02:23 AM
Biasa pegi param bwk duit ngam2 je RM15 wallet tinggal.so bila habis rm15 tu means terkebil2 je la jwpnya pastu terus balik

but dlm kepala dah ada plan nak beli apa utk budget 15 ringgit esoknye hasil terkebil2 masa nak balik kena harung param ke jalan keluar  
Quote paz 30-5-2018 08:55 AM
Dah almost 3 thn tak ada minat nak ke bazaar. Sejak Paz betul-betul jaga makan. Teringin memang ada, tapi memikirkan apa akan jadi. Kensel lah.

Quote palmolive 30-5-2018 10:26 AM
takder la membuak kalo tgk peniaga pun muncul time bulan puasa jek...
Quote rogayahtop 30-5-2018 10:33 AM
akak beli kuih lebih selalunyer ingarkan boleh la lepas tarawikh tu minum teh makan kuih. tp memandangkan masing2 misi membesarkan badan kuih pun kadang2 terbeli sampai rm10. anak akak pun terkejut tgk maknbapak berebut kuih nak2 cucur badak 3 bijik cenonet dah rm2.

walaupun akak tak nak membazir tp akak rasa tak membazir pulak pasal mesti habis licin kuih2 ni tak sempat nak tahan sampai habis berita pun.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.679356 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top