Belum reda lagi nampaknya... Baru-baru ini Intan Liana ada memuat naik status di Instagram.
Tulisnya,"Dalam diam buka telefon bonda dengar baba dia main violin, rindu eh."
Disebabkan status tersebut, bekas suaminya, Ude Wahid mengamuk di Instagram.
Balas Ude yang kini suami kepada pelakon Isreen Azminda, “Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta 'makcik bawang' buat dosa banyak-banyak.
“Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa ? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!”
Menurut Ude lagi dia terpaksa menegur bekas isterinya itu di laman sosial kerana Intan sudah melakukan perkara yang sama walaupun sudah beberapa kali ditegur secara baik sebelum ini. “Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni. Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa.
“Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak,"tambahnya.
Ude sudah tidak tahan dimaki oleh pelbagai pihak yang sentiasa memandang serong terhadap dirinya.
Walau bagaimanapun menurut mStar Online, status tersebut sudah dipadamkan sejam selepas dimuat naik.
Apa pun, doakan sahaja yang terbaik untuk mereka. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|