CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah Sumbang Rm515,000 Pada Tabung Hari Pahlawan

6-9-2013 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14346| Komen: 195


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyumbang RM515,000 kepada Tabung Hari Pahlawan 2013, sekali gus menjadikan jumlah kutipan yang diperoleh sebaik dilancarkan malam tadi, sebanyak RM2.37 juta.

Rosmah yang juga penaung Kempen Tabung Hari Pahlawan berkata sumbangan yang dihulurkan itu merupakan hasil daripada jualan tanaman 'rock melon' di Seri Perdana yang diuruskan syarikat IRIS Corporation Berhad.

"Dana yang dikumpul akan digunakan untuk bantuan kebajikan kepada veteran dan keluarga mereka termasuklah balu veteran yang telah terkorban dalam mempertahankan negara.

"Saya berbangga atas sifat keprihatinan rakyat Malaysia tidak kira orang perseorang mahupun golongan korporat yang tidak jemu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Amalan ini harus ditanam dalam sanubari masyarakat dan perlu diteruskan," katanya ketika berucap melancarkan kempen itu di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, di ibu negara.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Laksamana Tan Sri Datuk Mohd Anwar Mohd Nor, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor serta Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Rodzali Daud.

Rosmah yang menjadi penaung kepada kempen itu sejak empat tahun lepas turut menyasarkan kutipan sebanyak RM5 juta pada tahun ini, bagi membantu perwira negara yang hidup menderita selepas bergadai nyawa mempertahankan tanah air.

Beliau berkata sambutan Hari Pahlawan 2013 kali ini jelas berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana pada tahun ini negara digemparkan dengan tragedi berdarah di Lahad Datu dan Semporna yang menyaksikan perwira negara terkorban serta cedera ketika mempertahankan kedaulatan negara.

Antara badan korporat dan persatuan yang memberikan sumbangan kepada kempen Tabung Hari Pahlawan 2013 ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (RM1 juta), MTU Services (RM300,000), Yayasan Veteran ATM (RM300,000), Affin Bank (RM155,000) dan IFMF Technology (RM100,000).

Tabung Hari Pahlawan berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM5.9 juta pada 2011 manakala pada 2012 kempen tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.9 juta.

Hari Pahlawan mula disambut pada 31 Julai 1960 sebagai memperingati jasa pahlawan negara yang gugur serta tercedera ketika mempertahankan ibu pertiwi dan ia disambut setiap tahun bagi mengenang pengorbanan pahlawan negara.





Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GuaAnakMelaka 5-9-2013 06:32 PM

Quote yipun_78 5-9-2013 06:35 PM
wow jual rock melon dapat beratus ribu meh? ummm i patut fikir untuk tanam rock melon dari tanam pokok bunga yg xde hasil
Quote GuaAnakMelaka 5-9-2013 06:35 PM
Sarip Dol ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Samseng Kg.Dusunmesti pencacai pakatan semua meroyan bila baca berita ni..rosmah sumbang 515k kpd tabung hari pahlawan..dan ini bukan duit dia sndri, ni duit hasil kutipan rock melon yang dia jual....sebab pencacai pakatan beraharap akn dgr mcm ni"jijah derma 5ringgit kpd ntabung hari pahlwan"walaupun 5rm tapi diorng akn sanjung tahap dea dan menjilat jijah da abang non sejilat2nya..tp sygnya rosmah yang lakukan semua ni mnyebabkan mereka tak dapat terima kenyataan...wahai pencacai2 sekalian dgr lah, sekutuk2 rosmah seperti yang korang gambarkan selama ni tp dia masih lagi boleh buat kerja2 amal dan kebajikan...sedangkan jijah kau???nak mengundi baru nampak muka di billboard sambil pimpin tangan budak2 itu pun buat sebab terpaksa...jam omega mana jijah woi!!!!!teriak bang non...


Shashi ஷஷி Muniandy முனியான்டி ·  Pengulas Tertinggi ·University of MalayaTerima Kasih Datin Sri ROsmah kerana memberi idea untuk menyumbang sejumlah wang kepada tabung tersebut. Ini akan membantu para pahlawan yang memerlukan. Walaupun Datin Sri Rosmah dituduh, dimaki malah difitnah oleh pembangkang namanya dia tidak pernah pudar membantu semua yang memerlukan bantuan. Syabas Datin Seri Teruskan usaha anda.


Pak Mat Tempang ·  Pengulas Tertinggi · Universiti at homedengan memberi sumbangan itu ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban balu2 para pewira kita dengan Dana yang dikumpul ini dapat jugak digunakan untuk bantuan kebajikan kepada veteran dan keluarga mereka termasuklah balu veteran yang telah terkorban dalam mempertahankan negara......rosmah ada jugak idea untuk membantu mereka yg memerlukan...jijah omega ada ke buat mcm nie???????jijah hanya tahu jaga jam omega laki dia jer rasa aku...muahahahaha......
Balas · 19 · Suka · Ikuti Kiriman · 3 jam yang lalu








Quote yipun_78 5-9-2013 06:36 PM
Najib reveals own melon project earning RM500,000 a year

RAZAK AHMAD


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak revealed his farming “credentials” and cited the success of his personal rock melon project to bring home the importance of innovation in agriculture.

Speaking at the launch of the Farmers' Organisation Authority of Malaysia (LPP) tower office block, Najib said a 2.4ha rock melon plot at his official residence Seri Perdana in Putrajaya has been raking in RM500,000 in profit annually.

The Prime Minister told an audience of more than 2,000 LPPM staff and farmers that he started his farming project after learning of a method of planting where liquid fertiliser is drip-fed to plants.

“Seri Perdana has become a rock melon production site after I asked a certain party to carry out the project, which is now giving profits of half a million ringgit a year,” said Najib, drawing laughter and applause from the audience yesterday.

He said his wife Datin Seri Rosmah Mansor donated the proceeds from the plot to charity, while his aide later said that the project was started in 2010.

Najib used the example in his speech to underscore the importance of finding new methods to increase productivity and raise the income levels of farmers.

“Agriculture is very important to our country and cannot be allowed to remain without proper assistance because we want to see this sector become vibrant and dynamic,” he said.

Apart from innovative methods to increase yields, the Government would also help bring farmers closer to their markets.

“This is why rural transformation centres were opened in order to benefit farmers and our plan is to eventually have one in each state,” said Najib.

The Prime Minister said the Government would also introduce “21st century villages”, an initiative where selected farmers will receive help to undertake high-tech farming projects with the aim of boosting their earnings.

He also announced a RM28mil allocation for small-scale farmers operating plots smaller than 2ha who will receive aid in the form of fertiliser, seeds and equipment.

The recipients will be selected from among the 800,000 members of LPP.

The aid will also be used to fund training programmes for Kor Tani, a body comprising young farmers between 16 and 40 years old, with 6,000 members.
Quote Anak_Nogori 5-9-2013 06:37 PM
yipun_78 posted on 5-9-2013 06:35 PM
wow jual rock melon dapat beratus ribu meh? ummm i patut fikir untuk tanam rock melon dari tanam pok ...

Memang Kak Ros ada projek tanam rock melon tu...idea dia sendiri...Najib sendiri pun kagum...sekarang hasil2 yg dikutip kebanyakkan disedekahkan oleh Kak Ros..tu pun Kak Ros tak baik juga..
Quote GuaAnakMelaka 5-9-2013 06:38 PM
yipun_78 posted on 5-9-2013 06:36 PM
Najib reveals own melon project earning RM500,000 a year

RAZAK AHMAD

tanam pokok ada hasil lebih baik dr meroyan tido kt tengah jalan wat demo ..nasib baik depa x berak merata2....jenuh nak bersihkan..
Quote yipun_78 5-9-2013 06:42 PM
Anak_Nogori posted on 5-9-2013 06:37 PM
Memang Kak Ros ada projek tanam rock melon tu...idea dia sendiri...Najib sendiri pun kagum...sekar ...



kak Ros memang bijak bab ekonomi dari najib, demmm patut dia jadi PM sepertimana Hillary pada Bill...
Quote yipun_78 5-9-2013 06:43 PM
GuaAnakMelaka posted on 5-9-2013 06:38 PM
tanam pokok ada hasil lebih baik dr meroyan tido kt tengah jalan wat demo ..nasib baik depa x bera ...



Kaka setuju dik Gua, kata educated tp bikin sampah je pandai kan?
Quote ogre 5-9-2013 06:50 PM
Rockmelon ni sedap ke?
Quote ogre 5-9-2013 06:50 PM
Rockmelon dalam bahasa melayu apa
Quote SANKURIANG 5-9-2013 06:51 PM
Rock baby....2 rocks.....so big lorr....
Quote cikglemer 5-9-2013 06:53 PM
Anak_Nogori posted on 5-9-2013 06:37 PM
Memang Kak Ros ada projek tanam rock melon tu...idea dia sendiri...Najib sendiri pun kagum...sekar ...

Hahaha..patutlah ari tu shopping sakan munkin baru kutip hasil tuaian rock melon lah tewww..ahakssss...
Quote lasagnaklcc 5-9-2013 06:56 PM
rock melon ni bahasa melayu dia apa ek?  

tau adik beradik tembikai je
Quote ogre 5-9-2013 06:58 PM
lasagnaklcc posted on 5-9-2013 06:56 PM
rock melon ni bahasa melayu dia apa ek?  

tau adik beradik tembikai je

Melon - tembikai
Rock - batu

Boleh ke?
Quote yipun_78 5-9-2013 07:04 PM
tatau apa nama melayunya sbb dari dulu mmg kenal sebagai rock melon aka cantaloupe je Last edited by yipun_78 on 5-9-2013 07:09 PM

Quote ss8384 5-9-2013 07:09 PM
Wahh rock melon sedapppp
Quote harisbee 5-9-2013 07:21 PM
haruslah menyumbang guna duit rakyat yg kunun dr subsidi petrol!!! jgn cakap banyakla...

UMNO mmg hati busuk haprak...penyangak wang rakyat...jgn la berangan konon duit hasil menabung dr kecil....choi
Quote harisbee 5-9-2013 07:22 PM
keje jadah apa rosmah duit sbyk itu?? melac kew?
Quote Bateesta 5-9-2013 07:31 PM
tajuk berita mcm acik rosmah bagi duit dia sndiri , membodek tak sudah2 kt mesia ni

Lihat semua komen(195)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.053166 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top