Diancam CVS kerana terlalu lama duduk di depan komputer Sakit belakang, sakit kepala, leher, bahu, penglihatan kabur, bebola mata kemerahan, kekeringan mata selepas berjam-jam berada di hadapan komputer adalah gejala biasa. Mungkin ada yang tidak kisah dengan keadaan itu. Tetapi jika dibiarkan berterusan tanpa mengambil sebarang rawatan ia mungkin mendatangkan mudarat lebih parah. Jangan terkejut, selepas membuat pemeriksaan doktor, anda didapati mengalami Sindrom Penglihatan Komputer (CVS). CVS adalah sindrom masalah mata dan penglihatan disebabkan oleh penggunaan komputer terlalu lama serta dialami oleh individu yang berasa tidak selesa pada mata dan kurang jelas ketika melihat skrin komputer. Dalam dunia tanpa sempadan ini, penggunaan komputer dan gajet adalah satu gaya hidup tidak kira dalam kalangan pekerja, pelajar atau kanak-kanak seawal usia menggunakannya untuk pelbagai aktiviti. Bagaimanapun, pernahkah terfikir, ketekunan menghadap komputer ini akan membuatkan kesihatan mata terjejas dan emosi terganggu apabila gejala CVS melanda. Walaupun ada yang menyedari berada terlalu lama di hadapan komputer akan merosakkan dan menjejaskan kesihatan mata, tanggungjawab sebagai pekerja atau pelajar membuatkan komputer ibarat sahabat baik dan sukar dipisahkan. Agak membimbangkan, kesan sindrom yang mengancam jutaan pengguna komputer itu turut menjadi antara sebab masalah rabun awal dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, ia perlu ditangani sebaik mungkin. Masalah generasi digital Saranan seperti cuba mengelakkan duduk terlalu lama di hadapan komputer dan kerdipkan mata sekerap mungkin di hadapan komputer, dilihat membantu meringankan gejala CVS. Realitinya, apabila mata berkerdip ia sebenarnya membantu melembapkan mata yang kering akibat terlalu fokus pada skrin komputer atau tumpuan terhadap gajet lain. Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO), Murphy Chan, berkata kira-kira 60 peratus penduduk dunia mengalami satu daripada gejala CVS atau lebih atau pada bila-bila masa saja hanya dalam sehari. Katanya, peratusan 60 peratus itu diperoleh bagi pengguna komputer yang menggunakan komputer melebihi tiga jam sehari tanpa rehat. “Gejala ini semakin biasa dialami oleh generasi muda, termasuk kanak-kanak disebabkan mereka sentiasa terdedah kepada pelbagai gajet termasuk komputer, tablet dan telefon pintar. Mereka disifatkan sebagai generasi digital. “Saya juga boleh katakan, sesiapa saja pernah dan terus mengalami gejala CVS seperti sakit belakang dan bahu atau mengalami kemerahan dan kekeringan pada mata. CVS berlaku dalam kehidupan seharian manusia. “Ketika di tempat kerja, kita terlalu dekat dengan skrin komputer tanpa rehat mencukupi. Selain itu, sebagai pekerja, kita terlalu berterusan fokus dengan kerja yang menghadap komputer. Masa yang diambil pula panjang. “Di rumah pula, jika tidak menggunakan komputer sama ada remaja atau kanak-kanak, tumpuan mata diteruskan pula dengan gajet dan telefon pintar tanpa rehat. Ibu bapa mungkin beranggapan dan fikir mudah, dengan memberikan anak bermain gajet mereka tidak bising dan mengganggu mereka. Sebab itulah anak kecil pun ada mengalami masalah rabun,” katanya. Selain dua faktor itu, Murphy berkata, alam sekeliling juga mengaitkan CVS dengan pengguna. Bekalan cahaya yang tidak mencukupi di pejabat antara sebab kepada gejala CVS apabila mata perlu fokus akibat kekurangan cahaya. “Keadaan komputer yang mengalami kontras rendah menyebabkan mereka yang bekerja dalam waktu panjang, mengalami CVS, selain berada dalam keadaan tidak selesa sepanjang masa,” katanya turut berharap penggunaan komputer diaplikasi dengan cara betul. INFO: Panduan penjagaan mata ketika berhadapan komputer
|
8
Bagus |
1
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
melia_star posted on 5-9-2013 03:38 PM
aku tak rabun jauh tp bila agak lama ngadap computer, bila aku melihat dikejauhan mataku terus agak ...
NIXAR posted on 5-9-2013 03:40 PM
info ini bagus utk forumer. tambah2 budak2 CI. pasal dr pagi ke malam bwk ke pagi esok dok depan kom ...
melia_star posted on 5-9-2013 08:38 AM
aku tak rabun jauh tp bila agak lama ngadap computer, bila aku melihat dikejauhan mataku terus agak ...
NIXAR posted on 5-9-2013 08:40 AM
info ini bagus utk forumer. tambah2 budak2 CI. pasal dr pagi ke malam bwk ke pagi esok dok depan kom ...
nidzhar posted on 5-9-2013 03:49 PM
yang jenih gini bukan rabun mata jer bang..hati, otak sekali jahanam
nidzhar posted on 5-9-2013 03:48 PM
hang dok terperap dalam bilik tanpa tingkap dengan cahaya yang cukup kah?
kalau gitu mmg mata kau ...
NIXAR posted on 5-9-2013 03:47 PM
iya....ummah2 di CI sebegitu....balik dr keje pas mandi, solat terus masuk balik porem. bulan posa ...
NIXAR posted on 5-9-2013 03:47 PM
iya....ummah2 di CI sebegitu....balik dr keje pas mandi, solat terus masuk balik porem. bulan posa ...
ADVERTISEMENT