Masih ingat tak dengan resipi kerabu telur ala Thai yang kami kongsikan tempoh hari? Resipi tersebut jika digabungkan dengan resipi sambal tumbuk ikan bilis kami kali ini memang ngam!
Mudah sahaja, jom masuk dapur! Bahan-bahan: 3 biji bawang merah 15 biji cili api Sedikit ikan bilis (digoreng) Minyak untuk menggoreng Secubit Garam Cara-cara 1.Gorengkan bawang dan cili api sampai layur. Kemudian goreng garing ikan bilis tadi. 2.Masukkan semua bahan yang dilayur tadi, sedikit garam dan tumbuk sedikit lumat. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan tumbuk kasar. 3. Dah siap! Makan dengan nasi panas dan ulam- ulaman pasti sedap! Ringkas dan sesuai untuk anda yang sibuk namun masih mahu memasak untuk ahli keluarga. -CARI
|
ADVERTISEMENT