Setelah dua minggu mengambil alih pentadbiran sebagai kerajaan baru Malaysia, Pakatan Harapan yang terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan 13 menteri kabinet telah mengadakan mesyuarat kabinet yang pertama di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menurut pengawal pintu masuk JPM, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah individu yang paling awal memasuki JPM iaitu pada pukul 8 pagi. Difahamkan kehadiran awal pagi beliau adalah untuk membuat persiapan sebelum mesyuarat kabinet yang berlangsung pada jam 9.30 pagi. Tun Mahathir dikatakan memasuki ke JPM pada jam 8.30 pagi, kemudian diikuti Anthony Loke, Gobind Singh Deo, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan yang lain-lain.
Turut hadir bersama termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha, Tan Sri Mazidah Abdul Majid. Dijangka setelah mesyuarat kabinet, Perdana Menteri bakal mengadakan satu sidang media bersama semua menteri.- CARI
|
1
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
14
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT