CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Belajarlah Jadi Cerdik, Bukannya Berhabis Duit Beli Beg Mahal" - Farahdhiya

23-5-2018 10:36 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14293| Komen: 37|Original author: Oleh: Azza


Lama tidak mendengar perkhabaran aktres cantik Melayu-Itali ini, Farahdhiya yang tampaknya sudah mengeluarkan single terbaru berjudul Pujangga. Selain rajin memasak untuk berbuka puasa (penuh menu di IGnya), Farah nyata artis yang bijak berkata-kata namun tidak menujukan artikel tersebut kepada mana-mana pihak.

Menjadikan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin sebagai panduan, Farah memuat naik status berkenaan wanita dengan kebahagiaan yang sebenar. Ini kerana ramai wanita tertipu dengan dunia hingga merasakan material berjenama adalah segala-galanya. Golongan ini tidak pernah cukup dengan yang ada dan sentiasa mahu menambah koleksi mereka.


Foto : IG Farahdhiya

Post ini pastinya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen yang mengaitkan dengan situasi politik semasa. Namun ia dinafikan oleh Farah kerana beliau hanya mahu mengingati diri sendiri dan para pengikutnya bukannya sessi membawang.


Lagi pula, beliau pernah melihat sendiri rakan yang sanggup berhutang hanya semata-mata mahu melaram dengan beg berjenama. Akhirnya rakan tersebut terpaksa menjual semua barangan untuk menyara hidup.

Apa yang ditulis Farah memang benar. Kita tidak boleh bersikap angkuh dan riak kerana Allah tidak menyukainya. Ia dipersetujui oleh pengikut di laman Instagramnya yang menyatakan karangan panjang ini sangat memberi manfaat kepada semua wanita.


Ada pula netizen yang mengatakan dia tidak akan membelanjakan wang terhadap beg berjenama mewah sedangkan tiada manfaat langsung.



Farahdhiya juga sempat berkongsi 'quote' tentang dua sikap manusia akhir zaman dan berharap kita semua tidak termasuk ke dalam kedua-dua kategori tersebut.



Jika tidak kerana cerita politik sekalipun, kejadian ini biasa terjadi di alam realiti. Farahdhiya yang sudah lama dalam industri hiburan nyata berkongsi yang baik-baik dan mahu netizen sentiasa beringat-ingat dalam menempuh kehidupan yang penuh pancaroba. - CARI 
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ALDRIN 23-5-2018 10:42 AM
Aku sorang ke jer yg perasan muka dia sama dgn Fad Bocey...sbb kedudukan taik lalat yg sama tempat....so terus terbayang muka Fad..
Quote no_el 23-5-2018 10:44 AM
Luv u faradiya
Quote Atata 23-5-2018 10:54 AM
cantiknya baju dia pic yg last tu.....
Quote fushimi 23-5-2018 10:58 AM
ko kalau ada duit banyak beli beg mahal gak kan

tak payahlah taip panjang panjang kak buat penat jari jemari je bulan poser ni
Quote shernazz 23-5-2018 11:01 AM
ALDRIN replied at 23-5-2018 10:42 AM
Aku sorang ke jer yg perasan muka dia sama dgn Fad Bocey...sbb kedudukan taik lalat yg sama tempat.. ...

Anda tak keseorangan...
Aku pon sama terpikir begitu
Quote Burong_Hantuk 23-5-2018 11:04 AM
ini kali sya setujuk sama fara diah
Quote Nham22 23-5-2018 11:07 AM
Jual semula semue handbag mcm spesis queen kepams.. hutang byk sampai muflis...sebab nak bergaya dgn brg2 berjenama mewah...
Quote julia5094 23-5-2018 11:14 AM
Nasib baik iols bukan salah seorang dari golongan ittew...sekarang dah tak berapa ada nafsu nak berbelanja..Hutang belajar dah habis, hutang kad kredit pun dah settle n start buat hutang baru,,, sekarang fasa simpan duit untuk masa depan dan untuk anak2 nak sambung belajar pulak. Beg setahun 2 kali je beli. Awal tahun dan beg raya je..tu pun murah2 beli time sale je...
Quote Cikkebom 23-5-2018 11:16 AM
I sokong u faradhiya. Tapi nak tanya u pakai handbeg apa ek..
Quote kiah_mai_pulak 23-5-2018 11:19 AM
Dia ni buat comeback join Gv2 semata nk masak dlm ig je ke?? Kossserr
Quote edoraixora 23-5-2018 11:20 AM
kagum betul aku kebolehan dia memasak masakan melayu
sekarang peberet dia petai....macam2 masakan petai di buatnye
Quote julia5094 23-5-2018 11:23 AM
Cikkebom replied at 23-5-2018 11:16 AM
I sokong u faradhiya. Tapi nak tanya u pakai handbeg apa ek..

Chuols rasa...tak denya dia nak pakai beg bertaraf supermarket tu..ni saja nak menangguk pujian saja..
Quote gummygummy 23-5-2018 11:25 AM
kalau da banyak duit takkan selera tak besor ye dok.
Quote EvieWanKenobi 23-5-2018 11:40 AM
best ke pakai henbag mahal2?
Quote cmf_premierleag 23-5-2018 12:03 PM
ALDRIN replied at 23-5-2018 10:42 AM
Aku sorang ke jer yg perasan muka dia sama dgn Fad Bocey...sbb kedudukan taik lalat yg sama tempat.. ...

ha ah..muka dia mcm fad bocey
cuma bezanya fad bocey tu versi jawa nusantara, faradhia versi kokesen pondan
Quote BoongaKertas 23-5-2018 12:12 PM
ALDRIN replied at 23-5-2018 10:42 AM
Aku sorang ke jer yg perasan muka dia sama dgn Fad Bocey...sbb kedudukan taik lalat yg sama tempat.. ...

me too! now iols rasa berdosa..


tp FD ni mcm x ageing lgsg laa. maintain laa lawo tu. uish! nak tips!
Quote ALDRIN 23-5-2018 12:42 PM
cmf_premierleag replied at 23-5-2018 12:03 PM
ha ah..muka dia mcm fad bocey
cuma bezanya fad bocey tu versi jawa nusantara, faradhia versi koke ...

Padu penelitian uols noks!!
Iols pnh jumpa FD kat Aeon Big WMaju.
Memborong 3 troli ..bawak org gaji.

Sheols ni tinggi dlm 158cm mcm tu. Petite..putih melepak..tp pinggang mmg secekak...heran x de bf..
Quote chinta89 23-5-2018 01:11 PM
suke tgk fd kat ig. suke benar memasak even iols xde la tliur huhuhu.
Quote cmf_premierleag 23-5-2018 01:56 PM
ALDRIN replied at 23-5-2018 12:42 PM
Padu penelitian uols noks!!
Iols pnh jumpa FD kat Aeon Big WMaju.
Memborong 3 troli ..bawak org  ...

jujurin, skali pandang mmg faradhiya ni cantik perfect
kulit cantik licin gebu body mantap
tp bila tenung2 balik, kecantikan dia mcm scary sket
mcm ala2 vie shanti jugak
stok2 yg TERRRRRlebih mekap dan try hard nak jd mcm Doll
ujung2 trus nmpk x cantik
and bila tenung2 balik mmg rupa fad bocey

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.053802 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top