Polis terpaksa menggunakan julap selama beberapa hari untuk mengeluarkan 106 kapsul kokain daripada perut seorang wanita Brazil. Mail Online melaporkan, wanita berkenaan cuba menyeludup bahan bernilai ASD900,000 (RM3.5 juta) itu ke negara berkenaan.
Wanita berusia 28 tahun itu bersama-sama kapsul terbabit dihadapkan ke mahkamah di New Delhi yang kemudian menahannya di penjara Tihar. Menurut Superintenden Biro Kawalan Narkotik, Vishwa Vijay, wanita terbabit ditahan pada 14 Mei sebaik tiba di lapangan terbang New Delhi dari Sao Paulo.
"Dia dibawa ke hospital Safdarjung di mana doktor menggunakan julap selepas ujian sinar X menunjukkan kewujudan kapsul berkenaan," katanya kepada AFP. Kapsul berkenaan mengandungi kira-kira 930 gram kokain asli Amerika Selatan yang sepatutnya disampaikan kepada pengedar dadah di ibu kota India itu. "Ia adalah bilangan kapsul kokain paling banyak dikeluarkan daripada perut 'penelan dadah profesional' di New Delhi," tambahnya. Menurut undang-undang negara itu, hukuman maksimum bagi penyeludupan dadah adalah 20 tahun. - CARI
|
22
Bagus |
17
Marah |
16
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
msdummy.2018 replied at 22-5-2018 05:09 PM
u ols...xbahayakan diri ker telan sbnyk2 alam? ie:, xplak dia pengsan kaw2 kerrr, koma ker?
ADVERTISEMENT