Baru beberapa hari yang lalu heboh tentang selipar jenama Bata yang dipakai oleh Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad. Tak lupa juga isu beg tangan isteri mantan perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berjenama dan mahal-mahal.
Terbaru beg tangan isteri Tun M pula yang menjadi perhatian apabila beliau mengiringi Tun M di perjumpaan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Bukan disebabkan mahal, tapi ianya dipuji kerana sangat bersederhana. Nah, tengok sendiri: Difahamkan beg yang digayakan itu berjenama Marie Claire. Ia boleh didapati dengan harga serendah RM 125 sahaja di Zalora.
Gambar tersebut mendapat perhatian netizen, rata-ratanya memuji sikap bersederhana pasangan tersebut. Inilah contoh dan teladan baik yang patut ditunjukkan oleh seorang pemimpin katanya. Komen netizen: Memang terbaik. Apa pendapat anda? -CARI |
ADVERTISEMENT