Ibu mana tidak sedih berpisah dengan anaknya, malahan jauh antara benua menyambung pelajaran. Sering kali kita membaca luahan hati ibu di media sosial. Namun, sebaliknya pula dengan anak lelaki kepada Abby Abadi dan Norman Hakim yang meluahkan rasa sedihnya kerana belum mampu membahagiakan ibunya.
Video yang diubah suai oleh Norman itu dimuat naik di akaun Instagram milik Danish Hakim. Menerusi video tersebut kelihatan wajah sayu Danish di samping Abby yang sedang menasihatinya. Dari riak wajahnya, dia seakan-akan tidak mahu berpisah dengan ibunya. Namun, Abby tenang memberikan pesanan dan kata-kata semangat kepada Danish. Bersama video tersebut, Danish turut menitipkan luahan hati kepada ibu tercinta. Baris kata itu menjadikan netizen turut sama mengalirkan air mata bahagia melihat keakraban hubungan keluarga ini serta mendoakan Danish berjaya menyelesaikan pengajiannya. Anak sulung Abby dan Norman itu sedang menyambung pelajaran di Turki sejak tahun lalu. Danish sebenarnya sudah lama menggunakan akaun media sosialnya untuk meluahkan rasa sayangnya kepada ibu, ayah dan adik-adiknya. Sementara itu, kedua-dua Norman dan Abby sudah pun bahagia dengan keluarga baharu masing-masing. Norman bahagia menjalani kehidupan dengan isteri tersayang, Memey Suhaiza dan dua cahaya mata lelaki mereka, Muhammad Darwishz Hakim dan Muhammad Dirkhriz Hakim. Manakala, Abby pula kini sedang melayari bahtera perkahwinan dengan wartawan akhbar Harakah, Muhammad Faizal Zakaria. Semoga mereka kekal bahagia sebagai satu keluarga besar. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|