CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Dari Rakyat Biasa Ke Perkahwinan Diraja - Diana, Kate & Meghan Jadi Perbandingan Netizen

21-5-2018 05:04 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8194| Komen: 32|Original author: Oleh: Azza




Apa sahaja mengenai kisah kerabat diraja Britain menari perhatian rakyat jelata dan masyarakat seluruh dunia. Jika pada tahun 1981, Putera Charles mengahwini Lady Diana (rakyat biasa), kini kedua putera mereka melakukan hal yang sama dengan Putera William mengahwini Kate Middleton dan terbaru Putera Henry mengahwini Megan Markle.

Apa yang menarik ialah aura wanita biasa yang kemudiannya menjadi keluarga diRaja serta perkahwinan mereka yang disaksikan oleh berjuta orang di seluruh dunia.

Ramai pula yang membuat gambar kompilasi antara ketiga-tiga puteri ini. Jom kita lihat bermula dengan gambar pertunangan mereka.


Gambar perkahwinan pasangan diraja ini.

Rasanya ramai yang sanggup mencari gambar lama Diana, Princess of Wales semata-mata untuk membuat perbandingan. Kali ini, tiara siapa yang lebih menawan?

Atau dres mana yang lebih cantik? Lebih penting ketiga-tiga mereka bagaikan merealisasikan 'fairytale'.

Gaya spontan mengibas rambut atau bahasa masa kini 'flip hair'.


Hingga ada yang melukis potret ketiga-tiga pengantin diraja ini dalam satu lukisan. Cantiknya kan?


Serba sedikit mengenai pertemuan ketiga-tiga pasangan ini.

Putera Charles dan Lady Diana
Lady Diana pertama kali bertemu dengan Putera Charles ketika berusia 16 tahun.
Empat tahun selepas itu, Charles menjemput Diana ke istana untuk bertemu Ratu Elizabeth II. Mereka berkahwin pada 29 Julai 1981, dalam satu upacara perkahwinan yang disaksikan secara langsung oleh lebih 750 juta penonton. Dikurniakan dua putera, William dan Harry, Diana dan Charles bagaimanapun bercerai pada Ogos 1996.

Putera William dan Kate Middleton
Bertemu ketika sama-sama menuntut di Universiti St. Andrews pada tahun 2001, hubungan Middleton dan Putera William berlangsung hampir sedekad sebelum kedua-duanya akhirnya berkahwin pada 29 April 2011.
Middleton, pada hujung April lalu, baru sahaja melahirkan anak ketiga mereka, Putera Louis, yang juga pewaris takhta Britain, bersama abang dan kakaknya, Putera George dan Puteri Charlotte.

Putera Henry dan Meghan Markle
Meghan pertama kali bertemu dengan Putera Henry di Toronto, Kanada ketika Henry menghadiri acara sementara Meghan berlakon falam drama Suits pada Mei 2016.Kedua-duanya kemudian saling tertarik dan setiap hari berkomunikasi. Kiranya jatuh cinta yang sangat mudah dan terus ke jinjang pelamin.- CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • kamilaa

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fafaa 21-5-2018 05:35 PM
Lady Diana dgn Kate jauh lebih anggun dan classy dr kak meg ni. Tak layak dibandingkn pun.
Quote shernazz 21-5-2018 05:46 PM
Baju kate paling cung
Iols is suka..
Baju diana cantik.pada zaman dia lah kan
Walaupon skang kalau.nampak.cm.sarung bantal saja
Quote tomaz 21-5-2018 06:12 PM
Boleh berguru dgn meg kalau teringin nk jd soc climber berjaya

Baju kate lawa sbb iolss mmg suka lace. Baju meg mmg unexpected di tambah dgn rambut mcm nak ikat x nak ikat je
Quote missinpiece 21-5-2018 06:26 PM
Baru iols perasan slalu tgk muka si megan ni dlm drama tv
Quote bungarose 21-5-2018 06:55 PM
Dress lady y...memorable ....like a princess dlm disney movies
Quote pysharil 21-5-2018 06:56 PM
Diana plg lawa
Quote DeeHanania 21-5-2018 08:33 PM
Ofkos Lady D...
{:love
Quote nazzse 21-5-2018 08:39 PM
Menantu2 still tak boleh lawan kecantikan MIL..effortless beauty
Quote kamilaa 21-5-2018 09:12 PM
Lady Diana & Kate classy {:hooray
Quote xtahumenahu 21-5-2018 10:28 PM
Suke kate punya tiara...n dress dia
Quote joy_ah 21-5-2018 10:43 PM
Tiga2 cantik. Ada kelebihan memasing. Tapi meghan tetap fake abadi total
Quote munchkin 21-5-2018 11:07 PM
Sian meghan mak aku kata tak leh lawan princess diana weddjng. Ramai gila katanya tengok kat tv
Quote Membercaribaru 22-5-2018 01:06 AM
Tiga-tiga cantik. Ada jugak retis hollywood busuk hati yang bandingkan kate dengan meghan ni.
Quote fazamania 22-5-2018 02:32 AM
Baju meg ni takde cutting dkt pinggang..
Ke gemuk atau ngandung?
Hudoh bebenor..
Tapi mekap dia mmg cantek.. sesuai dgn kulit dia tu..
Quote pumpkingirl 22-5-2018 05:51 AM
Suka diana n kate.megan tua+tak cantik.sesuaila dgn henry.
Quote mieymiey 22-5-2018 06:44 AM
Cantiknya Lady D
Quote sapeka 22-5-2018 08:27 AM
paling lawa baju kate la
baju meghan biasa2 je
lady D memang cantik untuk zaman dia
Quote beeeee 22-5-2018 09:24 AM
meghan harus la menjadi fake chuolls sape tak nak kawen dgn prince. Buang tebiat jah menolak
Quote chinta89 22-5-2018 09:50 AM
Diana paling cantikkkkkkkk

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.149582 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top