Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk mendidik anak dalam memahami agama dan kepentingan mendekatkan diri pada Tuhan. Begitu juga dengan Aaron Aziz yang begitu tegas mendidik anak-anak dan tidak pernah mengamalkan ganjaran hadiah mahupun wang sebagai balasan jika mereka berjaya berpuasa penuh.
Dia sering mengingatkan anak-anak tentang tujuan berpuasa serta keberkatan yang akan diperolehi jika melakukan dengan niat kerana Allah. "Saya sering beritahu mereka kalau tak boleh buat untuk Allah, macam mana Allah hendak dengar apa permintaan kita? "Saya tidak amalkan ganjaran tetapi sentiasa ingatkan berpuasa di bulan Ramadan adalah diri mereka dengan Tuhan," katanya pada Mstar Online.
Cara Aaron mendidik anak bukanlah bermaksud dia tidak bersetuju dengan ibu bapa lain yang mendidik anak-anak mereka dengan memberikan ganjaran. "Tiada apa yang betul dan salah dalam memberi motivasi kepada anak-anak dan setiap orang ada cara masing-masing," ujarnya. "Dua anak saya mula berpuasa ketika mereka berusia lapan tahun manakala yang bongsu tujuh tahun. "Sebagai bapa saya memang tegas tentang berpuasa dan tidak mahu mereka ambil sambil lewa akan perkara itu. "Sementara mereka masih kecil, saya mahu tegas tentang soal itu agar mereka terbiasa dengan tanggungjawab sebagai seorang Islam," katanya. Dia juga berkongsi tentang kerjayanya pada bulan Ramadhan yang dikurangkan demi memberi fokus kepada keluarga dan memajukan perniagaan. Dalam pada itu, dia juga akan muncul dalam sebuah telefilem raya yang berjudul Renyai Takbir Raya tidak lama lagi. Moga Aaron dilimpahi kurniaan rezeki pada bulan mulia ini bersama keluarga tercinta. Lama juga tidak melihat Aaron berlakon. - CARI
|
haruslah replied at 21-5-2018 02:47 PM
Yg penting x paksa anak2 5 6 tahun pose...kalau rela xpe. Ni nak paksa...kesian kot
ctaf replied at 21-5-2018 03:03 PM
Sekolah anak aku cikgu gila wajibkan puasa.hanya non muslim sahaja boleh makan di kantin.yg islam ...
ctaf replied at 21-5-2018 03:03 PM
Sekolah anak aku cikgu gila wajibkan puasa.hanya non muslim sahaja boleh makan di kantin.yg islam ...
sarahmirza replied at 21-5-2018 03:45 PM
Masa anak2 i darjah 1 - 2, bulan puasa i suap dia orang makan dlm kereta sebelum ke sek agama sebe ...
siputsedut replied at 21-5-2018 04:24 PM
Kesian jgk bdk2 ni...anak i baru kindy pon mintak nk pakai long sleeve je n tudung .katanya segan ...
talapia replied at 21-5-2018 04:27 PM
sebelum didik anak berpuasa.. didik tiangnya dulu. Solat. Kadang tu orang kita.. kalau x puasa kemai ...
ctaf replied at 21-5-2018 03:03 PM
Sekolah anak aku cikgu gila wajibkan puasa.hanya non muslim sahaja boleh makan di kantin.yg islam ...
siputsedut replied at 21-5-2018 04:19 PM
This is madness..bukan wajib pon puasa bdk2 x akil baligh tu...sekolah mana taliban sgt ni sis? Mo ...
sarahmirza replied at 22-5-2018 10:22 AM
Anak i masa kindy cikgu tanya kenapa tak ajar puasa? I jawab kesian la cikgu,budak kecik tak tahan ...
clarizsa replied at 22-5-2018 10:42 AM
Semua sekolah kan mcm tu?
PPD layan ke kalau repot
Kalau gigih bawa makanan minuman pun bakal be ...
ADVERTISEMENT