Apabila tibanya bulan Ramadan, sudah pasti akan terbayang bazar Ramadan yang menyediakan pelbagai juadah enak bagi berbuka puasa. Antara juadah berbuka yang popular ialah murtabak.
Murtabak mudah didapati di mana-mana bazar di seluruh negara. Kebanyakan gerai yang menjual murtabak akan dikerumuni oleh pembeli yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan hidangan ini. Murtabak yang berintikan daging/ayam, telur dan bawang ini enak dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan kuahnya. Pilihan kuah pula pelbagai, namun kebiasaannya peniaga akan menyediakan kuah kari atau sirap bawang.
Terbaru, entah dari mana puncanya, tiba-tiba isu mengenai kuah cicah ini menjadi isu di media sosial apabila ada netizen yang mula bertelagah untuk mempertahankan pendapat masing-masing. Kuah kari atau sirap bawang? Salah seorang pengguna Twitter telah membuat undian bagi menentukan pilihan tertinggi dikalangan pengguna media sosial itu. Sebanyak 9,863 undian diterima dan 58% daripada pengundi telah memilih kari sebagai pilihan utama sebagai kuah cicah bagi murtabak. Konspirasi peniaga nak kaut keuntungan dengan sirap bawang? Kuah kari hanya sesuai makan dengan roti canai... Makan begitu sahaja.. Anda pula macam mana? Tidak kira apa pun pilihan anda, nikmatilah makanan itu sebaiknya dan bersyukur dengan nikmat yang diperoleh. Paling penting, janganlah terlalu menurut nafsu sehingga akhirnya makanan terbazir begitu sahaja.-CARI
|
senahitam replied at 17-5-2018 04:17 PM
aku vote sirap bawang. tuang atas murtabak. fuhhhh. mcm tu la cara arwah ayah aku ajar mkn murtabak ...
ADVERTISEMENT