Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Jadi usahawan dalam peniagaan makanan ini ramai orang dah mula ceburi. Walaupun sekarang ni banyak juga yang gulung tikar dan ada yang terpaksa jual peniagaan mereka kerana tidak mampu bersaing. Tapi masih ramai lagi kat luar sana yang tiada background perniagaan makanan tapi masih mampu berjaya.
Jom kita kenali beberapa usahawan makanan yang tiada ilmu peniagaan makanan tapi mampu untuk terus berjaya dan mengembangkan perniagaan mereka sehingga sekarang. 1) Datuk Seri Alif Syukri (Rumah Makan Terlajak Laris) Siapa tak kenal kepada figura ini yang memang popular dengan mulut lancang dan juga kata laser beliau ini. Sebelum ini terkenal dengan produk kesihatan dan penjagaan diri kini telah buka satu lagi cabang perniagaan iaitu restoran. Ini mungkin kerana minat beliau dalam dunia masakan dan beliau kadang-kadang ada masa free akan habiskan masa memasak di rumah. 2) Ajai – Komposer (Restoran Asam Pedas Hirup) Komposer yang cukup popular dengan menghasilkan pelbagai lagu yang top meletop seperti Pulangkan nyanyian Misha Omar dan Ku Akui nyanyian Hafiz. Tapi adakah dalam bidang nyanyian ini tidak mampu untuk hidup. Tidak Ajai membuka perniagaan makanan ini kerana minat beliau dalam masakan dan kini perniagaan aka nada cawangan. 3) Fizo Omar (Restoran Fizo Mawar Kitchen) Pelakon ini dulu bermula sebagai model dari program realiti. Berlakon tidaklah sehebat mana tapi kerana minat dan impian nak menjadi usahawa beliau memperlahankan karea lakonan dan menceburi bidang perniagaan makanan. Pertama sekali beliau membuka faranchise Hot Burger dan kini telah membuka restoran masakan Thai yang popular juga. 4) Fazley Yaakob (SukaSucre Bistro) Dulu beliau penyanyi kemudian melibatkan diri dalam bidang lakonan dan kita terjun bidang kulinari. Bermula sebagai pemenang program reality Masterchef Selebriti Malaysia nama beliau makan dikenali dalam dunia masakan. Akhirnya kita beliau telah menjadi chef yang juga pemilik kepada restoran SukaSucre Bistro. 5) Linda Onn - Penyampai Radio (My Mom’s Chicken Rice & My Asam Pedas Shop) Penyampai radio ini memang dah lama membuka perniagaan dalam industri makanan bermula dengan restoran nasi ayam dan kini ada cawangan asam pedas pula. Restoran ini pun ramai orang tahu dan ada pernah isu restoran ini tutup dan macam-macam lagi tapi beliau tetap berjaya hingga kini. 6) David Teo – Penerbit Filem (Restoran Lemon) Seorang lagi ini juga merupakan orang yang cukup popular dalam industri perfileman negara dan telah banyak menghasilkan filem menarik dan hebat seperti Adnan Sempit dan Dorm Melati. Tapi kini agak kurang dengar tentang penerbit yang tidak lokek dengan ilmu dan juga rezeki yang beliau miliki. Peniagaan makanan juga makin maju dengan telah membuka beberapa cawangan di Kuala Lumpur. Sebenarnya ada ramai lagi mereka yang tidak ada latar belakang sebagai usahawan makanan tapi mampu untuk berjaya kat luar sana. Saya senaraikan mereka ini yang popular tapi kat luar sana ada doktor, peguam, engineer dan macam-macam lagi yang juga turut buka business makanan ini. Apa pun pokok pangkal kena ada ilmu dan juga semangat. Jangan mudah putus asa bila gagal sekali tapi terus majukan diri. So jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu, korang boleh luahkan pendapat kat situ nanti Maha cuba kongsikan ok. Ini hanya perkongsian untuk kebaikan dan keberkatan semua apa salahnya betul tidak. Semoga semua berjaya.
|
21
Bagus |
19
Marah |
26
Terkejut |
8
Sedih |
14
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sufi^_^ replied at 17-5-2018 11:02 AM
My mom chicken rice tu ada lagi ke?
krustykrab replied at 17-5-2018 03:27 AM
ada kat tesko ampang tapi sendu ....cemana ek blh bertahan
krustykrab replied at 17-5-2018 03:27 AM
ada kat tesko ampang tapi sendu ....cemana ek blh bertahan
ADVERTISEMENT