Telur goreng adalah antara menu ringkas yang menjadi pilihan tatkala perut kelaparan tetapi malas nak masak. Pelbagai versi telur goreng kita boleh buat sekarang ni. Telur goreng mata lembu, telur goreng kicap dan macam-macam lagi mengikut citarasa masing-masing. Antara yang popular ialah telur dadar. Nak tahu cara masak telur dadar yang paling sedap dan gebu? Jom ikuti resipi telur dadar hasil perkongsian dari Master Chef Brian ni. Dengarnya resipi ini merupakan resipi turun temurun dari neneknya. Jom kita cuba. Sedap ke tak ya?!
Resipi Telur Dadar Tiram Bahan-bahan 200g tiram segar, dibersihkan 5 biji telur 1 batang daun bawang, dihiris 1 cili merah, dipotong dadu kecil 1 sudu kecil sos ikan 1 sudu kecil gula Secubit garam dan lada sulah 2 sudu besar minyak Cara membuatnya: 1) Panaskan minyak dalam kuali. Sambil tu pukulkan telur bersama sos ikan, gula, garam dan lada sulah 2) Tuangkan masuk dalam kuali campuran telur. Kacaukan sehingga sedikit masak tapi masih cair. 3) Taburkan tiram, daun bawang dan cili. Masak sehingga cukup kental untuk dibalikkan. 4) Masakkan 1 minit setelah dibalikkan dan siap utk dihidangkan.
Bonus Tips
- Jika anda tidak mahu telur anda melekat di kuali, gunakan kuali anti lekat dan biarkan minyak betul-betul panas sebelum memasak. - Jangan masak terlalu lama setelah dibalikkan supaya tiram tu tak terlalu masak.. Jadi seperti getah pula nanti. - Boleh juga gantikan tiram dengan udang kalau tak jumpa tiram atau isi ayam yang telah dicelur kalau alah seafood Selamat mencuba! - CARI |
17
Bagus |
4
Marah |
21
Terkejut |
16
Sedih |
14
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT