CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Barang Rumah Pun Ada Tarikh Luput? Iya, Patuh Ni Kalau Nak Selamat

20-4-2018 03:33 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3907| Komen: 11|Original author: Oleh: Azza Rai



Tempat yang paling terbaik di dunia ini bukanlah pantai yang indah, tempat bersejarah atau pemandangan menakjubkan. Tempat paling syok sebenarnya adalah rumah sendiri.  Sebab itu lah ada pepatah ‘Rumahku Syurgaku’.

Tetapi, sejauh mana anda mengambil berat mengenai barangan di rumah? Atau anda tahu pakai sahaja bertahun-tahun tanpa ambil tahu pun barangan sebenarnya ada tarikh luput.

Perkongsian majalah Impiana ini pastinya membuka mata anda tentang tempoh penggunaan setiap barangan. Jom semak!

1. Bantal - (2-3 tahun) 

Selepas tempoh tersebut, bantal akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Semahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, buang ya.


2. Selipar – (6 bulan sahaja)
Walaupun tempoh luputnya 6 bulan lagi, namun saat pertama kali selipar itu menjejaki tanah, bakteria sudah mula membiak.  Jadi pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.

3. Span Mandi – (2 minggu sahaja)
Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria melekat ke span tadi.  Jadi, cara terbaik adalah menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau merendamkannya kedalam air panas menggelegak supaya bakteria musnah.

4. Tuala – (1-3 tahun)
Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteria tetap tidak dapat diselesaikan. Maksima penggunaan adalah 3 tahun, jika lebih awal lebih bagus.


5. Sikat rambut – (setahun sahaja)
Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas seminggu sekali dan diganti setiap setahun.


6. Berus gigi – (3 bulan sahaja)
Ya! Gantikan berus gigi 3 bulan sekali atau setelah anda baik daripada batuk dan selesema.  Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi menguasai berus gigi anda.


7. Minyak Wangi – (3-4 tahun)

Eau De Parfum (EDP) mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara.   Namun bagi Eau De Toilet (EDT) pula mampu bertahan selama 4 tahun.


8. Hydrogen Peroxide – (2 bulan sahaja)
Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen Peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan didalamnya akan aktif.  Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa.  Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada 1 tahun.


9. Baju dalam – (1-2 tahun)

Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

10. Kasut Sukan - luput sebaik struktur berubah
Jadi, anda dah tahu kan? Selepas ini perlu lebih peka tentang tarikh luput sesuatu barangan. Mestilah anda tidak mahu menggunakan produk yang sebenarnya tidak berfungsi pun lagi. - CARI 

Kredit : Impiana

17

Bagus
16

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
19

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 20-4-2018 03:47 PM
gigih lak nk tuko bantal 2taun skali..
Quote Artemesiaa 20-4-2018 04:53 PM
Bantal kalau dah 2 tahun selalunya bentuknya pun dah berbeza dan kurang gebu lagi jadi betulah dah sampai masa untuk ditukar.  Berus gigi paling senang nak perasan bila ia harus ditukar.
Quote fishcracker 20-4-2018 09:11 PM
Selipar iol lenjan dah nak masuk 4 tahun,masih utuh {:love
Quote LautBiru52 21-4-2018 09:35 AM
Oo baru. Pasal bantal dgn seliper tu 1st time dgr
Quote missDollie 21-4-2018 07:33 PM
Yang berus gigi jer meols ikut..yang lain nan hado..
Quote cmf_premierleag 21-4-2018 08:51 PM
Akak ada satu bantal faveret.. Senang cakap, bantal busuk la
Sedap sgt pakai sbb bleh sapot tengkuk leher akak ms tgh tido
Dah bertahun2 pakai.. Perlu ke akak humban?
Quote Cari-Azza 22-4-2018 06:41 PM
cmf_premierleag replied at 21-4-2018 08:51 PM
Akak ada satu bantal faveret.. Senang cakap, bantal busuk la
Sedap sgt pakai sbb bleh sapot teng ...

Takyah, jadikan bantal peluk ja. Untuk tido beli baru

Quote sinalegna 24-4-2018 10:51 PM
Jujurnya.. yg kain2 tu selagi tak mereput, selagi tu la dok pakai.

Kosser nau nak tukar ganti brg luput itu ini, mcm la reta kalah tok vida
Quote ninjago 25-4-2018 02:15 PM
tukar bantal rasa cam tukar tayar kete kat umah tu. banyak nk kena budget n ganti. hahahahh
Quote afie_m 25-4-2018 04:31 PM
bantal..emmmm... ai selalu jemur ... masaklah nak selalu kena tukar
Quote tri-max 25-4-2018 04:37 PM
org rumah 3- 4 tahun kena tukar ke??

#lawakkasarjgnsentap

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.061132 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top