CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Tempe Sira Emak Mertua, Sedapnya Boleh Habis Sebalang!

17-4-2018 01:04 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 6454| Komen: 4|Original author: Oleh: Faizal

Description: Tempe merupakan makanan tradisi yang berasal dari masyarakat Jawa. Pembuatan tempe adalah secara semula jadi dengan pengeraman biji kacang soya bersama dengan ragi tempe. Tempe juga mempunyai khasiat ...
Tempe merupakan makanan tradisi yang berasal dari masyarakat Jawa. Pembuatan tempe adalah secara semula jadi dengan pengeraman biji kacang soya bersama dengan ragi tempe. Tempe juga mempunyai khasiat protein yang tinggi.

Banyak masakan jawa yang berasaskan tempe telah dihasilkan. Antaranya ialah tempe sira. Tempe siara adalah menu di mana tempe disalut dengan gula dan cili dan sesuai dimakan dengan nasi atau pun dijadikan snek. 




Jom ikuti perkongsian resipi Tempe Sira dari Nor Nadia resipi turun termurun dari ibu mertuanya.

Bahan-bahan

Tempe
Cili kering
Gula
Garam
Ikan bilis
Bawang putih

**Kalau tanya mak, "Mak, berapa banyak nak letak?" Mak takkan ada jawapan yang tepat. Orang kampung, masaknya campak campak. Tapiiii pergh.

Cara membuatnya

1) Hiris tempe secara serong. Hiris tu, pisau sedikit membaring. Part ni, memang ralit. Sebab tengok kacang tu. Geram.

Foto: theweekendedition.com


2) Terjunkan tempe ke dalam minyak yang panas. Goreng sampai dia bunyi dah tak meriah dan buih tinggal sikit je. Angkat dan toskan.

3) Rendam cili kering yang dah siap digunting dengan air panas sampai dia lembut.

4) Masukkan bawang putih, ikan bilis, cili kering, air paras separuh cili kering dan minyak ke dalam blender. Minyak tu supaya biji cili kering yang masih terlekat akan hancur semasa blend. Ikan bilis tu, jangan lupa cuci dululah ye.


5) Panaskan minyak dan masukkan cili yang dah siap dikisar. 

6) Masak sampai sambal cukup masak dan masukkan tempe yang telah digoreng.

Siap untuk dinikmati bersama keluarga. - CARI 
5

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Red_mAnc

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapeka 18-4-2018 11:50 AM
owh begitu
boleh cuba nanti
Quote dewi_rina 19-4-2018 06:48 AM
Wehh sedapnya kalau sahur makan nie sebulan pun takpe

Dengan nasi panas2 pastu letak kicap sikit
Quote dubuk 19-4-2018 09:34 AM
makan dengan kacang tanah sedapnyaaa
Quote Red_mAnc 19-4-2018 01:48 PM
mmg terliur...nak try jugak nanti...thanks for recipe!! Mcm tau2 je aku tgh browse resipi sambal nasik lemak & sambal tempe...hahaha

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.251673 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top