Beberapa hari lepas, heboh diperkatakan mengenai tabiat menyimpan dompet pada poket seluar di bahagian belakang dan tidak mengeluarkannya ketika duduk dimana ianya dikatakan boleh menyebabkan saraf-saraf tulang belakang tercedera.
Namun, semalam seorang pakar bedah orthopedik yang dikenali sebagai Dr Mahyuddin Mohamed menafikan dakwaan tersebut melalui akaun twitter miliknya. Jangan mudah terpedaya! Ianya hanya mitos... Bukan Skoliosis! Menurut Dr Mahyuddin, tulang belakang kita dicipta untuk menjadi fleksibel dan dengan meletakkan dompet pada poket belakang seluar tidak akan menjadikan tulang belakang kita menjadi bengkok kekal. Bagaimanapun, jika dilakukan secara berterusan ianya mungkin akan menyebabkan sakit lain. Melalui akaun facebooknya pula, dia tidak menggalakkan kaum lelaki terutamanya untuk menyimpan dompet di belakang dan duduk di atasnya kerana bukan sahaja ianya merosakkan kad di dalam dompet malah ianya memudahkan kerja penyeluk saku. Kesimpulannya, jangan terlalu mudah percaya setiap maklumat yang dikongsi di media sosial dan pastikan kebenarannya terlebih dahulu.-CARI
|
ADVERTISEMENT