Seringkali masjid dan gereja dibuat perbandingan dalam pemberian bantuan berupa wang ringgit atau makanan oleh orang ramai. Teruk sangatkah pengurusan masjid di negara kita? Tidak dinafikan, ada sesetengah masjid tersergam indah dengan hiasan bangunan yang mewah, cantik dan kemudahan yang selesa bagi umat Islam yang datang untuk beribadah. Yang menyedihkan apabila ia tidak memperuntukkan sebahagian wang atau menyediakan keperluan asas berupa makanan untuk membantu mereka yang miskin dan sangat memerlukan. Seorang pengguna Facebook bernama Waridah Lothpi berkongsi pendapat individu lain di status Facebooknya agar luahan tersebut sampai kepada AJK Masjid atau Surau, Pegawai Majlis Agama Negeri dan JAKIM. Tidak semua masjid dan surau yang mempunyai lebih dana tetapi alangkah baik jika masjid yang mempunyai lebih dana menyalurkan pada perkara yang lebih penting seperti keperluan makanan kepada asnaf. Kebanyakan netizen sangat bersetuju dengan pendapat tersebut. Malah, di tempat mereka sekarang sudah ada masjid dan surau yang menyediakan rak atau tempat untuk meletak makanan asas bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Komen netizen ini pula, ada sesetengah orang Islam bersikap malas bekerja tetapi inginkan bantuan daripada pelbagai pihak. Bukan itu sahaja, yang hidup senang pun masih hendak berebut dana dan bantuan dengan asnaf yang betul-betul miskin dan dhaif. Diharap pihak masjid dan surau dapat mengambil langkah untuk turut sama membantu golongan asnaf atau mereka yang memerlukan. Bukan apa, kadang kala gaji yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga yang bermacam-macam sekarang ini. Sekurang-kurangnya dapatlah mengisi perut anak-anak. Betul tak? - CARI |
7
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 16-4-2018 11:49 AM
orang terdesak mungkin ye amik ikut cukup..
but sorry to say.. masyarakat kita masih ramai yang pem ...
prettyuglybabe replied at 16-4-2018 11:49 AM
orang terdesak mungkin ye amik ikut cukup..
but sorry to say.. masyarakat kita masih ramai yang pem ...
kucengcomel replied at 16-4-2018 12:25 PM
stuju sgt..masih ramai org dlm masyarakat kite malas keje, harapkn bantuan je..kalau xdapat mengam ...
ADVERTISEMENT