Sabak Bernam: Penduduk Sungai Limau, di sini menerima ‘durian runtuh’ apabila sebuah lori yang membawa 285 ekor kambing terbabas di Jalan Simpang Tiga Loji, kampung itu menyebabkan puluhan haiwan ternakan itu yang baru tiba dari Australia terlepas ke atas jalan raya dan kawasan sekitarnya.
Bagi haiwan yang cedera, pemilik ternakan itu membenarkan penduduk menyembelihnya sebelum dagingnya diagihkan kepada penduduk yang berada di lokasi kejadian. Difahamkan, 15 ekor haiwan berkenaan disembelih manakala 19 lagi hilang manakala selebihnya dipindahkan ke lori lain untuk dibawa ke Kedah. Seorang penduduk Zubidah Maskor, 57, berkata, dia yang bercadang mengadakan majlis jamuan raya sempat pergi ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan sebuah lori membawa kambing terbabas dan kambing yang sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ akan disembelih sebelum diagihkan. “Penduduk dibenarkan mengambil daging kambing yang sudah disembelih, jadi saya tidak melepaskan peluang itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Rani Mat Hanafiah berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan jam 4.36 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian. “Seramai tujuh anggota terbabit dalam operasi itu. Ada kambing berkenaan yang tersepit di bawah kotak dan kayu serta usaha menyelamat turut dibantu penduduk kampung,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/05 |
MissNigga posted on 5-9-2013 07:13 AM
baguih tol tuan punya kambeng tue ....
semuga dengan menyedekah kambeng2 tu kat penduduk kampung . ...
shernazz posted on 5-9-2013 06:59 AM
kanduri daging kembeng le jawabnya
umah terbuka kat sana sure kambeng belaka
ADVERTISEMENT