CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ron97 Naik 15 Sen Mulai Malam Ini

5-9-2013 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12817| Komen: 122

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara "apungan terurus" yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.


Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 selitar pada September 2012.


Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RedDevils 4-9-2013 07:39 PM
yeayyy
Quote karengkang 4-9-2013 07:43 PM
Terpaksa naikkan lettew...
Tembelang dah pecah...
Boleh plak RON95 lagek mahal dari RON97..
padahal harga minyak dunia sedang turun..

Syabas..rakyat dibahulukan, pencapaian ntah haper2 jea...
Quote Kakakuna 4-9-2013 07:43 PM
naik jangan tak naik!
Quote spiderman80 4-9-2013 07:50 PM
Sesiapa yang tertinggal peluang untuk mengisi RON95 sebelum harga dinaikkan semalam, inlah peluang terbaik untuk awak mengisi RON97 sebelum harganya naik tengah malam ini.
Quote wakenabeb88 4-9-2013 07:55 PM
Kata ron 97 ikut harga pasaran dunia. harga minyak dunia turun ni awat ron 97 naik jugak. teruk dah najuib nih.
Quote elnor_81 4-9-2013 07:56 PM
korg ni..sah ke?kang macai kate..mane ad..fitenah sume ni..
Quote ultra78 4-9-2013 07:58 PM
hada aku kesah?

Quote voizze 4-9-2013 07:58 PM
Hehe... Ah jib pening sudah...
Quote hyie 4-9-2013 07:59 PM
tak pakai ron97
Quote cahaya_almas 4-9-2013 08:00 PM
boring betul bila masuk gosip minyak ni....terpaksa terima ape yg diputuskan oleh pemerintah negara...naik ler terus senang tak perlu bg semua subsidi...
Quote totokreturn 4-9-2013 08:00 PM
wakenabeb88 posted on 4-9-2013 07:55 PM
Kata ron 97 ikut harga pasaran dunia. harga minyak dunia turun ni awat ron 97 naik jugak. teruk dah  ...

Yer memang ron 97 ikut harga ikut suka...hahaha

Dah kantoi minyak ron95 lagi mahal dari ron 97.. terpaksa laa naikkan nak cover kelentong hidup2...
Quote Vokuro 4-9-2013 08:00 PM
cheapskate semua.
Quote DTECCONAN 4-9-2013 08:01 PM
khabar angin ja

selagi tak keluaq utusan, semua tu khabar angin
Quote biosfree 4-9-2013 08:02 PM
X kesah...aku mmpu, cuma kena smart la guna krta lepas ni....x leh stay kat hotel dah ngan anak2 huhu.....x syok la hidup...
Quote bit 4-9-2013 08:03 PM
Kena la naik dah kantoi...
Quote totokreturn 4-9-2013 08:04 PM
elnor_81 posted on 4-9-2013 07:56 PM
korg ni..sah ke?kang macai kate..mane ad..fitenah sume ni..

Nanti kompom dulu... tak6t kelalak makan diri lak najti nak jual kereta motor semua, nak naik beskal lepas nih..hahaha
Quote lolipopmanish 4-9-2013 08:05 PM
naik sesaje
Quote kudapkudap 4-9-2013 08:22 PM
xpasal2 sok jd org minyak pulak...
Quote DTECCONAN 4-9-2013 08:44 PM
awani dah kompomkan

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044119 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top