Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui mati di dalam hutan selepas beberapa hari hilang ketika membawa pulang kuda milik keluarganya dari sebuah padang ragut di daerah Jammu.
Memetik The Washington Post, Asifa Bano diculik dan diberi ubat pelali sebelum dibawa ke sebuah kuil. Selama tiga hari, dia dirogol berulang kali oleh lelaki berlainan sebelum mayatnya ditemui pada 17 Januari. Menurut polis, mangsa dicekik dan kepalanya dihentak dengan batu sebanyak dua kali bagi memastikan dia benar-benar tidak bernyawa, lapor media India, Firstpost. Laporan menunjukkan, lapan lelaki yang dituduh terbabit dengan kes rogol dan pembunuhan itu adalah penganut Hindu.
Bapa mangsa, Mohammad Yusuf Pujwala berkata kepada New York Times bahawa lapan individu dituduh terbabit sengaja melakukan jenayah itu dengan tujuan menakutkan dan mengusir komuniti Muslim Gujjar dari daerah Jammu. Sumber polis berkata, Asifa dibunuh di dalam sebuah kuil sebelum mayatnya dibuang dan pembunuhan berkenaan dirancang penjaga kuil itu sendiri untuk menakutkan komuniti Muslim di situ. - CARI
|
12
Bagus |
14
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Maideen. replied at 13-4-2018 03:39 AM
Binatang kah atau manusia kah yang boleh tegang koteynya dengan budak kecil berumor 8 tahun?
S ...
ADVERTISEMENT