Seorang wanita bimbangkan keselamatan anak perempuannya yang melarikan diri dari rumah mereka di Seksyen 8, Kota Damansara, dipercayai akibat merajuk dengan ibunya, lapor BH Online.
Menurut bapa Nurfitri, 13, iaitu Rizal Muny Riz, 37, anaknya itu hilang sejak Sabtu lalu. "Kami bimbang akan keselamatan kamu, pulanglah ke rumah Fifi," rayu Rizal. Anak kedua dari lima beradik dan mesra dipanggil Fifi itu menghilangkan diri selepas keluar bersama rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Liana, kira-kira jam 11 pagi. Lebih parah, Rizal dimaklumkan ibu bapa Liana bahawa anak mereka juga tidak pulang ke rumah selepas keluar berjumpa Fifi.
"Sebelum meninggalkan rumah, berlaku perselisihan faham antara Fifi dan ibunya kerana isteri saya menghalangnya daripada keluar sebelum dia berkurung di dalam bilik beberapa minit. "Kemudian rakannya memanggil Fifi sebelum dia keluar dengan tergesa-gesa tanpa membawa sebarang pakaian, wang tunai dan kad pengenalan," katanya. Sangkaan Rizal yang Fifi akan pulang pada sebelah petang meleset sama sekali. "Namun, sehingga malam, Fifi tidak juga pulang. Saya fikir dia masih merajuk dengan ibunya dan bermalam di rumah Liana. Saya bercadang mahu ke rumah keluarga Liana pada hari Ahad untuk memujuknya pulang. "Bagaimanapun, keesokan harinya (Ahad), ibu bapa Liana berkunjung ke rumah kami dan mendakwa anak perempuan mereka juga tidak pulang ke rumah. Saya terkejut mendengar berita itu dan mula bimbang akan keselamatan Fifi. "Kami kemudiannya terus membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka," katanya. Keadaan menjadi lebih keruh apabila mereka mendapat tahu daripada pihak sekolah bahawa kedua-dua sahabat itu tidak ke sekolah sejak Isnin lalu. "Isteri saya tidak berhenti menangis kerana bimbangkan keselamatan dia selepas tidak pulang beberapa hari. Pulanglah Fifi, ayah dan ibu bimbang. "Sudah pelbagai cara gunakan untuk mencari Fifi termasuk menggunakan kemudahan laman sosial," katanya. - CARI
|
16
Bagus |
2
Marah |
5
Terkejut |
14
Sedih |
16
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT