Pertama kali ingin mengundi? Pasti tidak sabar ingin memangkah bagi memilih calon pilihan anda, bukan? Tetapi, ada sedikit masalah yang membelenggu anda. Apa lagi kalau bukan perasaan gementar dan takut di saat ingin mengundi.
Jadi, anda perlulah mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diikut ketika ingin mengundi seperti dipetik dari Lobak Merah ini. 1) Buat semakan Pertama sekali, perlu diketahui tahu sama ada anda sudah mendaftar mengundi atau belum. Jangan daftar mengundi pun tidak, tapi perasaan nak mengundi membuak-buak di dalam diri.
Pastikan nama anda wujud di dalam sistem. Untuk bertambah yakin, anda boleh periksa di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan sahaja. Mudah, bukan! 2) Tahu siapa DUN dan Parlimen Kemudian, anda WAJIB pangkah dua kertas undi, satu untuk Parlimen dan satu untuk DUN. Kalau tak tahu, Kertas Parlimen adalah kertas undi untuk memilih wakil rakyat di sesuatu kawasan bagi meletakkan pemenangnya di Dewan Rakyat. Mereka ini yang akan menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia. Kertas DUN pula merupakan kertas undi untuk memilih wakil rakyat di sesuatu kawasan bagi meletakkan pemenangnya di Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri. Mereka ini yang akan menentukan siapa Menteri Besar atau Ketua Menteri. 3) Manifesto Hah! Perlu ke tahu apa manifesto untuk setiap calon tu? Ia memang perlu untuk memastikan anda memilih calon yang betul bagi menggalas tanggungjawab. Bukan dengan hanya mendengar sahaja, tetapi anda juga perlu mengkaji setiap manifesto yang telah dilontarkan. 4) Kenal pasti lokasi mengundi Anda perlu tahu lokasi mengundi yang betul berdasarkan maklumat kad pengenalan. Atau anda boleh dapatkan maklumat terperinci daripada SPR. 5) Datang awal Untuk mengundi, anda perlulah datang awal di tempat pengundian. Ini bagi mengelakkan anda untuk beratur panjang. Cuba bayangkan anda perlu beratur panjang dalam keadaan yang sesak dan panas. Pasti tidak mahu, bukan? 6) Undian adalah rahsia Akhir sekali, selepas anda mengundi jangan heboh sekampung pula. Undian adalah rahsia. Jangan sesekali menceritakan kepada sesiapa mengenai pilihan anda. Diharapkan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Kalau ada sebarang tambahan ilmu dan info, marilah kongsikan bersama. - CARI
|
15
Bagus |
24
Marah |
25
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
missjuli replied at 13-4-2018 11:27 AM
nak tanya, mcm mana nak daftar jd pengundi? (nak tahu cara daftar secara online) Saya dah google tp ...
che-cikL replied at 15-4-2018 04:53 PM
Betul2 ke tanya ni utk mengundi PRU15, lg 5 tahun lagi?
Artemesiaa replied at 13-4-2018 11:23 AM
Tak boleh pakai baju yang melambangkan mana2 parti.
Standby air haus tau kalau kena berdiri lam ...
missjuli replied at 13-4-2018 11:27 AM
nak tanya, mcm mana nak daftar jd pengundi? (nak tahu cara daftar secara online) Saya dah google tp ...
potprimo replied at 13-4-2018 03:58 PM
datang awal tapi Q panjang kan ? hmm time kul brapa agak nya Q dah x brapa nak panjang ye.. sbb dul ...
fushimi replied at 16-4-2018 02:34 PM
datang waktu petang.Mak aku suka pergi petang dekat dekat pintu nak tutup baru pergi
mak aku ...
bulan_gerhana replied at 16-4-2018 01:33 PM
dah terlambat dek.. dulu akak register kat pejabat pos je.. 16 tahun dulu la..
ko nak pi regist ...
ADVERTISEMENT