Kuala Lumpur merupakan antara bandar di negara ini yang membangun dengan pesat dan terus maju dari pelbagai sudut. Malah ibu negara Malaysia ini juga menjadi tumpuan utama para pelancong yang melancong di negara ini. Kesibukan kota ini sehingga tengah malam menyebabkan ramai penduduk luar bandar berhijrah mencari rezeki.
Tetapi disebalik pembangunan yang pesat terdapat beberapa lokasi yang tersembunyi dan boleh dianggap seperti permata kerana ia mempunyai sejarah serta keistimewaannya suatu masa dahulu. Jadi kali ini kami ingin berkongsi lima permata tersembunyi di Kuala Lumpur seperti yang dimuat naik di laman sesawang Kaki Sini. 1. Rumah Penghulu di Badan Warisan Kalau di kampung kita sudah biasa lihat rumah Melayu tradisional tetapi bukan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kerana itu ia boleh dianggap sebagai permata yang tersembunyi di ibu kota ini. Rumah Penghulu Abu Seman ini adalah rumah Melayu tradisional yang dibawa dari Kedah ke Kuala Lumpur oleh Badan Warisan Malaysia. Rumah yang dibina pada tahun 1916 ini masih mengekalkan ciri-ciri tradisinya. 2. Lorong Panggung Bagi mereka yang suka bergambar anda disarankan datang ke lorong ini yang terletak berdekatan dengan Chinatown. Apa yang menarik lorong ini membawa anda kembali ke zaman 60-an kerana deretan kedainya yang lama tetapi masih lagi beroperasi. 3. Serani Row Serani Row ini dulunya merupakan kawasan kediaman bagi komuniti Eurasian yang dibina sekitar tahun 1930-an. Tetapi pada hari ini kawasan ini hanyalah deretan banggunan yang ditinggalkan. Namun apa yang menarik adalah nafas baharu yang diberikan di sini apabila dinding bangunan di sini dilukis dengan lukisan mural yang menarik. 4. Kuala Lumpur Heritage Trails Biarpun Kuala Lumpur terus membangun tetapi masih ada beberapa lokasi yang masih yang dijaga bagi memelihara warisan serta sejarahnya. Heritage Trails ini adalah salah satu daripadanya. Pelancong boleh melihat bangunan bersejarah ini di tengah-tengah bandar yang sibuk. Heritage Trails ini akan membawa anda melihat 11 bangunan bersejarah terutama sekali semasa zaman pemerintahan Brtish di negara ini. Malah lokasi ini juga turut menyediakan pengalaman luar biasa iaitu anda boleh melihatnya secara 3D. 5. Taman Eko Rimba Yang terakhir ini amat cool kerana siapa sangka ditengah-tengah bandar masih ada hutan. Ya betul disebalik pembangungan pesat masih ada kawasan di Kuala Lumpur mempunyai hutan. Lokasi tersebut adalah Taman Eko Rimba terletak di dalam Hutan Lipur Bukit Nenas yang merupakan hutan simpan tertua di negara ini. Apa yang mengagumkan adalah anda boleh melihat pemandangan semula jadi dengan menggunakan Canopy Walk sepanjang 200 meter. Jadi apa kata pergilah ke sini untuk menghirup udara segar bagi yang tinggal di Kuala Lumpur itu. Jadi apa tunggu lagi bolehlah anda cari masa untuk melihat sendiri lima permata tersembunyi di Kuala Lumpur ini. -CARI
|
9
Bagus |
3
Marah |
30
Terkejut |
8
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap: taman eko rimba tu 6 kali pergi 6 kali sesat. 4 kali pergi sesat di stesyen masjid jamek salah pintu exit. baki dua kali pergi sesat sebab gps tertin ...
CiliPadiSedap: taman eko rimba tu 6 kali pergi 6 kali sesat. 4 kali pergi sesat di stesyen masjid jamek salah pintu exit. baki dua kali pergi sesat sebab gps tertin ...
CiliPadiSedap replied at 9-4-2018 07:32 PM
taman eko rimba tu 6 kali pergi 6 kali sesat. 4 kali pergi sesat di stesyen masjid jamek salah pint ...
zulka replied at 10-4-2018 09:09 AM
gambar no 2 & 3 tu bukan hutan...sampah
zulka replied at 10-4-2018 09:09 AM
gambar no 2 & 3 tu bukan hutan...sampah
ADVERTISEMENT