CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gadis Ini Kongsi Tips Hapuskan Jerawat Dalam Masa 2 Minggu Sahaja. Wow!

9-4-2018 04:36 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 9202| Komen: 26|Original author: Oleh: Amiey

Semua orang menginginkan wajah yang mulus dan kulit yang bebas dari sebarang masalah seperti jerawat. Tambahan pula, kulit wajah yang bermasalah boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. 



Jika anda termasuk dalam kategori ini dan pelbagai usaha mungkin sudah dilakukan bagi mengatasi masalah ini namun masalah jerawat seakan tidak mempunyai tanda mahu pulih, tips daripada seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Suziana Bayang ini mungkin boleh membantu.  

Jom kita ikuti tips Suziana yang dikongsi melalui facebook Malaysia Viral Story  tentang bagaimana dia merawat wajahnya yang berjerawat dalam masa 2 minggu dengan menggunakan tiga produk sahaja. 


Lega apabila kulit kembali pulih..

Suziana dikatakan mengalami 'skin breakout' teruk yang menyebabkan dia malu untuk keluar daripada rumah. Setelah mencuba mengamalkan penggunaan 3 produk penjagaan muka ini, nampak perubahan ketara pada wajahnya. 

Caranya:

1) Guna gentle skin cleanser Cetaphil, cleanser sebagai pencuci muka. Tuang sedikit pada tapak tangan, kemudian urut pada muka. Bilas dengan air bersih.

2) Sejour Treatment Foundation ni digunakan bagi menggantikan alat solek. Tidak perlu menggunakan krim siang atau bedak muka. Cara penggunaannya, sapu tipis pada kawasan yang berjerawat bagi mengurangkan jerawat dan memudarkan parut jerawat.


3) Guna Garnier cleansing water untuk membersihkan 'make-up' atau sebelum mencuci muka.



Bagi mereka yang gemar memakai bedak asas (foundation), pastikan anda membersihkan wajah menggunakan 'make-up remover' bagi memastikan wajah benar-benar bersih dan bebas sebarang solekan. 

Selain itu, penggunaan foundation atau 'sun-protector' amat penting disamping mengamalkan meminum banyak air kosong. 

Foto: Malaysia Viral Story
Menarik kan perkongsian Suziana ni?  Hasilnya mungkin berbeza bagi setiap orang kerana tidak semua orang mempunyai jenis kulit yang sama. 

Apa yang penting, berhati-hatilah dalam memilih produk penjagaan kulit wajah dan pastikan ianya sudah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Jangan sesekali membeli produk timbang kilo yang mengandungi merkuri berbahaya! Semoga bermanfaat. -CARI
7

Bagus
10

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 9-4-2018 04:47 PM
Produk produk timbang kati lagi...

Well nak kulit bersih, flawless, jaga kebersihan, jaga pemakanan..produk2 ni membantu je pun
Quote onexox97 9-4-2018 04:50 PM
apa yg timbang kati lagi pulak tu
Quote chinta89 9-4-2018 04:57 PM
cetaphil mmg bagus utk org berjerawat.

iols muka jeragat, ape yg sesuai ek. x mo produk yg takde di drugstore. anyone?
Quote Artemesiaa 9-4-2018 05:02 PM
Jangan guna product timbang kati nanti jadi menternak akhirnya
Quote fushimi 9-4-2018 05:17 PM
chinta89 replied at 9-4-2018 04:57 PM
cetaphil mmg bagus utk org berjerawat.

iols muka jeragat, ape yg sesuai ek. x mo produk yg takde  ...

try clinique
Quote fushimi 9-4-2018 05:19 PM
chinta89 replied at 9-4-2018 04:57 PM
cetaphil mmg bagus utk org berjerawat.

iols muka jeragat, ape yg sesuai ek. x mo produk yg takde  ...

mesti chuols suka pakai makeup neh sebab tu muka chuol jeragat

takpun chuol suka pakai mekap murah
Quote moonbug 9-4-2018 07:12 PM
chinta89: cetaphil mmg bagus utk org berjerawat.iols muka jeragat, ape yg sesuai ek. x mo produk yg takde di drugstore. anyone?


Wajib pakain sunscreen kalau nak control jeragat dari membiak. Ni preventive measure, bukan utk hilangkan jeragat sedia ada.
Quote moonbug 9-4-2018 07:13 PM
Well, Sejour tu pun nama tak pernah dgr. Mcm kerabat timbang kilo jugak je. Avoid anything timbang kilo at all costs ya
Quote prettyuglybabe 9-4-2018 09:49 PM
chinta89 replied at 9-4-2018 04:57 PM
cetaphil mmg bagus utk org berjerawat.

iols muka jeragat, ape yg sesuai ek. x mo produk yg takde  ...

safi rania gold pernah try?pastu yang penting pakai sunblock..
boleh try banana boat ultra protect faces..
Quote mieymiey 10-4-2018 07:02 AM
Sejour beaute tu produk mana? Tak pernah dengar pula. Kalau sah timbang kati, takyah bagi tips la dek
Quote UMMI_MAI 10-4-2018 11:28 AM
prettyuglybabe replied at 9-4-2018 09:49 PM
safi rania gold pernah try?pastu yang penting pakai sunblock..
boleh try banana boat ultra protec ...

saya pakai ni laa... blm habis sebotol muka jadi hitam cam jeragat tapi bukan bintik bintik... terus stop... sampai sekrang kesan tak hilang... huhuu



Quote prettyuglybabe 10-4-2018 11:51 AM
UMMI_MAI replied at 10-4-2018 11:28 AM
saya pakai ni laa... blm habis sebotol muka jadi hitam cam jeragat tapi bukan bintik bintik... ter ...

sesuai dengan kulit orang tak tentu sesuai dengan kulit kita..stop guna apa-apa produk la gitu..
biar dia clear balik..
cuma guna yang basic..
kalau nak natural, boleh try apple cider vinegar..
bancuh dengan air 50:50 sapu lepas cuci muka..
pastu baru guna toner etc etc..
and buat mask guna putih telur..

Quote BoongaKertas 10-4-2018 01:01 PM
chinta89 replied at 9-4-2018 04:57 PM
cetaphil mmg bagus utk org berjerawat.

iols muka jeragat, ape yg sesuai ek. x mo produk yg takde  ...

jeragat setahu meols mmg susah sikit nak hilang in total tp preventive dia, chuols mmg WAJIB pakai sunblock before keluar rumah. maybe try ambik sublock yg waterbase tu chuols. jenama biore mostly review kata best, tak oily sgt and tak kering sgt. hrga kat watsons dlm 30-40
Quote merrissa 10-4-2018 02:06 PM
ntah la dulu aku pakai gak cetaphil ni....mula2 elok la.....lama2 pakai dia naik je balik

so aku tinggai je la produk ni...mahal pon mahal

sib bek now jerawat malas nk tumbuh dah....pakai pencuci bese yg murah ja yg di juai di drugstore....
Quote chinta89 10-4-2018 02:52 PM
BoongaKertas replied at 10-4-2018 01:01 PM
jeragat setahu meols mmg susah sikit nak hilang in total tp preventive dia, chuols mmg WAJIB pakai ...

iols pakai sunblock tp melekit2 dan plg x best, naik jerawat
Quote chinta89 10-4-2018 02:54 PM
prettyuglybabe replied at 9-4-2018 09:49 PM
safi rania gold pernah try?pastu yang penting pakai sunblock..
boleh try banana boat ultra protec ...

Safi Rania Gold nk try yg mana sis. sy cuba serum je. setakat ni dh beberapa btl.

so far banana boat blm try
Quote BoongaKertas 10-4-2018 02:56 PM
chinta89 replied at 10-4-2018 02:52 PM
iols pakai sunblock tp melekit2  dan plg x best, naik jerawat

eh alamak, kulit chuols x sesuai tu mksdnya. then meols x berani nak suggest produk lain sbb meols tahu biore tu jer
Quote chinta89 10-4-2018 02:56 PM
fushimi replied at 9-4-2018 05:19 PM
mesti chuols suka pakai makeup neh sebab tu muka chuol jeragat

takpun chuol suka pakai mekap mu ...

mmg iols suke pakai make up
tp takdelah pakai produk murah2an.. iol spercayakan drugstore okey.
Quote chinta89 10-4-2018 02:57 PM

harga dia Ya ampun chuols...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.090492 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top