Seorang warga emas hampir hilang pendengaran dan tidak mampu berjalan gara-gara dibelasah majikannya. Wanita yang dikenali sebagai , Siti Hajar Mohd Yatim, 62 mendakwa dirinya diludah dan dimaki hanya kerana makan serta perkara lain yang tidak masuk akal.
Harian Metro melaporkan, sejak hari pertama bekerja lagi Hajar sudah diperlakukan sedemikian. Disebabkan tidak tahan lagi, dia melarikan diri pada 4 April lalu dengan memanjat tembok setinggi dua meter di kediaman tersebut sebelum meminta pertolongan orang ramai. Difahamkan, dia menerima pekerjaan tersebut dengan gaji RM900 selepas ditawarkan oleh seorang saudaranya.
“Pada awalnya saya berjumpa majikan iaitu seorang lelaki berusia 50-an dan pertemuan itu tidak menggambarkan dia seorang panas baran atau kaki pukul. “Namun pada hari pertama saya bekerja, dia ‘menghadiahkan’ tumbukan di muka hanya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk dituduh mencuri makanan." Setiap hari bagaikan di neraka apabila dibelasah dengan kayu sampai lebam dan luka. “Majikan yang juga pemilik bengkel akan ‘naik hantu’ apabila anaknya mengadu saya ada buat salah atau dituduh mencuri wang dan tanpa usul periksa, saya dipukul tanpa belas ihsan. “Selain itu, majikan juga mengambil telefon bimbit, kad pengenalan dan kad bank kononnya bagi mengelak saya melarikan diri atau menghubungi ahli keluarga untuk mengadu perkara berkenaan. Kemuncaknya apabila dia dibelasah dan diugut menggunakan senjata tajam apabila dituduh mencuri wang anak majikannya. Polis kini sedang melakukan siasatan lanjut. -CARI
|
4
Bagus |
21
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
leylapple replied at 9-4-2018 10:24 AM
umo 62 nak keja maid ker?
bukan lepas umo 60 socso insuran semua dah tak cover lagi?
seri_mawr replied at 9-4-2018 11:08 AM
Siti Hajar yang membujang berkata, setiap hari kehidupannya bagaikan neraka di kediaman berkenaan ap ...
ADVERTISEMENT