CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Sangka..Mr Kuan Tidak Akan Berhenti Tolong Orang Islam Sebab..

6-4-2018 11:24 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 3281| Komen: 12|Original author: Oleh: Whitney


Zaman sekarang semuanya perlukan duit. Jika hendak hidup dengan senang, perlulah bekerja keras untuk mendapatkan duit lebih. Pepatah yang mengatakan ‘duit bukanlah segalanya‘ seolah-olah sudah tidak boleh diguna pakai kerana duit sangat diperlukan.

Bagi anda yang sudah berkahwin dan berkeluarga, kadang kala pening memikirkan kos sara hidup yang semakin tinggi. Mana hendak dapatkan duit untuk belanja dapur, belanja anak sekolah, sewa rumah, bayar kereta, lampin dan susu anak, bil-bil dan banyak lagi. Kebanyakan bapa yang bekerja sekarang pun, gaji hanya cukup-cukup makan sahaja dan tidak boleh bermewah.

Hampir semua perkara memerlukan duit malah hendak menguruskan orang meninggal dunia juga memerlukan duit. Sebab itulah tular mengenai van jenazah RM1 yang disediakan oleh Mr.Kuan. 

Ramai yang mengenali Mr Kuan kerana sikapnya yang sangat baik hati dan selalu membantu ramai orang. Dalam status Facebooknya, dia ingin membantu sesiapa sahaja orang Islam yang benar-benar tiada duit untuk menguruskan jenazah ahli keluarga dengan hanya bayaran RM1 untuk sewa van jenazah.


Status terbaru setelah ramai yang bertanyakan bagaimana Mr.Kuan mampu menyediakan van jenazah RM1.

Ramai netizen yang terharu dan berharap agar Allah membalas jasa baik Mr.Kuan. Zaman sekarang, kos menguruskan jenazah juga perlu ditanggung oleh ahli keluarga. Mungkin tiada masalah bagi mereka yang berduit, tetapi niat Mr.Kuan adalah membantu mereka yang benar-benar tiada duit.

Rata-rata netizen mendoakan agar Mr.Kuan diberikan hidayah oleh Allah kerana sikapnya yang suka membantu rakyat Malaysia yang dalam kesusahan terutamanya yang beragama Islam.

Semoga apa yang dilakukan oleh Mr.Kuan dihargai dan juga menjadi ikutan buat mereka yang ingin membuat amal kebajikan. Mr Kuan tidak akan berhenti tolong orang Islam sebab padanya, kerja yang paling baik ialah menolong menguruskan jenazah. - CARI 
3

Bagus
7

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lumie 6-4-2018 12:18 PM
Suke je dia ni.. Sbb tak mencapub sgt. Hrp dia kekal bermotivasi menolong org.. Susah nk jmpa org mcm ni
Quote krustykrab 6-4-2018 12:19 PM
malu pulak aku baca, sbb kita ni kalau nak tlg non-muslim, mcm2 dimomokkan
Quote chicozinn 6-4-2018 12:41 PM
yeke?awat member aku nak minta tolong dia payah nak balas wassap..pastu balas sebutir2..cam xberminat nak tolong member aku tu..ksian dy, da la kne tipu ngan company sampai 24k, bila kengkonon nak mnta tolong ngan dy ni, cam layan tak layan lak..hmm
Quote tupaiterbang 6-4-2018 03:06 PM
orang2 mcm Encik Kentang ni, Ajemin tak pandang langsung..itulah keangkuhan warga singapork
Quote pokaibanktokyo 6-4-2018 05:16 PM
Kat mana ni? Sabah ka?
Quote syue86 6-4-2018 05:39 PM
cam mane die ni bley dpt sponsor dr Petron?bestnya
Quote syue86 6-4-2018 05:39 PM

area Puchong x silap
Quote anakmak 7-4-2018 01:03 AM
chicozinn replied at 6-4-2018 12:41 PM
yeke?awat member aku nak minta tolong dia payah nak balas wassap..pastu balas sebutir2..cam xbermina ...

Mr Kuan ni bagi bantuan pinjaman wang ke?
yg aku tau ambulan n pengangkutan adalah n now van jenazah
Quote jazaa100 7-4-2018 07:54 AM
syue86 replied at 6-4-2018 05:39 PM
area Puchong x silap

Lurus nya kau......

Dia tu sarkastik je mcm sarkas..
Quote jazaa100 7-4-2018 07:54 AM
chicozinn replied at 6-4-2018 12:41 PM
yeke?awat member aku nak minta tolong dia payah nak balas wassap..pastu balas sebutir2..cam xbermina ...

Kwn kau mintak tlg apa?....
Quote chicozinn 7-4-2018 11:40 AM
member ak mnta pandangan dy sbab dy kn pengerusi polis komuniti tu..just mnx pndangan je sbab mber ak ni da kne kencing ngn penipu ni tp si penipu ni ada pgkat Datuk n ade sdara mara  keje polis..mber ak da xtau nk wat ape da wt repot polis tp NFA..
Quote batmana 7-4-2018 12:10 PM
chicozinn replied at 7-4-2018 11:40 AM
member ak mnta pandangan dy sbab dy kn pengerusi polis komuniti tu..just mnx pndangan je sbab mber a ...

mr kuan bukan peguam, ada geng kwn peguam ke apa
dia keje sndiri, biasa cm yusof azmi

klu nk minta pandangan, pi la jupe ppim, minta pandangan aja
sana ada team peguam ke apa
salah tempat ni..

setau aku, mr kuan ni tolong org susah, org daif, org miskin, bukan bantu org kene tipu duit

klu bantu tolong org tipu duit, mau beratur pjg jupe dia.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.194082 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top