Selepas menggunakan sesuatu bahan, sudah semestinya sisanya akan dibuang. Tapi, tahukan anda bahawa sisa yang selalu dibuang itu mempunyai pelbagai manfaat tersembunyi. Nak tahu lebih lanjut, jom baca apa yang dikongsikan Reader's Digest ini.
1) Kulit pisang Ia boleh digunakan untuk menghilangkan kesan lebam pada kulit serta menyembuhkan luka anda. Kulit pisang mempunyai antioksidan yang baik untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit. Gosokkan sahaja pada kulit yang terjejas itu. 2) Kulit kentang
Sudahlah leceh nak mengupas kulit kentang, kemudian senang-senang sahaja dicampak ke tong sampah. Jangan! Kulit kentang ini dapat dijadikan bahan untuk antipenuaan. Bukan itu sahaja, ia dapat dijadikan sebagai bahan untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. Bagi membuatkan anda kembali muda remaja, anda disarankan meletakkan potongan kentang pada kulit wajah untuk membolehkan ia menyerap nutrisi yang terkandung di dalamnya selama 10 minit. 3) Roti basi Roti yang telah tamat tempoh boleh digunakan sebagi alat untuk memadam contengan krayon pada dinding dan seumpanya. Teksturnya seperti span akan berfungsi seperti penghapus kotoran degil berjenama! Oh, kalau anda membeli durian dan aromanya terperangkap di dalam kereta, boleh juga meletakkan beberapa keping roti (sebanyak boleh) di dalam kenderaan anda supaya ia dapat menyerap segala bauan tidak disenangi. 4) Kulit bawang Kulit bawang mempunyai pelbagai nutrisi yang dapat melancarkan arteri anda, menurunkan kadar gula dalam darah serta mengurangkan keradangan. Caranya mudah sahaja, iaitu dengan meletakkan kulit bawang di dalam sup dan rebus bersama. 5) Minyak zaitun yang tamat tempoh Ia sangat bagus untuk menanggalkan mekap pada wajah. 6) Kulit limau Semut banyak di rumah? Kini anda boleh menggunakan kulit limau sebagai alat untuk menghapuskan semut secara semula jadi. Ia juga boleh dibuat dengan mengisarkannya bersama sedikit air dan letakkan di kawasan 'jajahan' semut. Selamat mencuba, ya! Semoga bermanfaat. - CARI
|
11
Bagus |
14
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
24
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT