Siapa tidak kenal aktress jelita Choi Ji Woo yang popular ketika pertama kali drama berantai Korea Selatan diperkenalkan di Malaysia. Heroin drama Winter Sonata itu baru-baru ini, membuat kejutan kepada semua orang termasuk agensi yang menguruskan kerjaya seninya. Pihak pengurusannya, YG Entertainment mengakui tidak mengetahui tentang majlis yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi itu. Choi Ji Woo yang cukup dikenali menerusi drama Korea popular sepanjang zaman itu dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia minggu lalu. Difahamkan, perkahwinan tersebut berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Biarpun sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan seorang aktor popular, Ji Woo akhirnya memilih lelaki biasa sebagai pasangan hidupnya. Lelaki yang berumur dalam lingkuangan 30-an itu adalah seorang pegawai IT biasa, menurut Ji woo. Dia juga sedaya-upaya tidak mahu mendedahkan rupa paras suaminya. Majlis perkahwinan tertutup itu juga dikatakan hanya dihadiri 40 orang keluarga terdekat. Ji Woo kemudiannya mengesahkan berita gembira itu menerusi perkongsian foto di laman media sosial miliknya dan turut menulis surat berkongsi hari bahagiannya. “Hari ini bersamaan 29 Mac, hari bersejarah dalam hidup saya. Saya akan membina keluarga baru bersama orang yang saya sayangi. Saya akan hidup dengan aman dan saling menghormati. “Sepatutnya, berita ini dikongsi lebih awal tetapi saya berharap semua pihak faham kerana suami saya bukan seorang selebriti dan saya juga harap anda semua merestui hubungan kami,” tulis Ji Woo. Wah, senyap-senyap saja dia mendirikan rumah tangga. Siapalah jejaka bertuah yang berjaya menakluki hati Ji Woo itu ya? - CARI
|
missjuli replied at 4-4-2018 05:06 PM
Wey, 42 mcm gitu rupanya? I yg bru 20 an ni pun dh mcm hantu kak limah. Fishhhh..
ADVERTISEMENT