Bagi wanita yang baru berkahwin pastinya mempunyai sedikit rasa berdebar apabila hendak memasak di rumah mentua kerana persekitaran yang baharu, pendek kata serba-serbi tak kena. Mungkin perasaan berdebar itu juga yang dihadapi oleh kakak kepada seorang netizen apabila terpaksa belajar memasak Sardin Masak Kicap dengan ibunya menerusi aplikasi WhatsApp. Adiknya, Effa (@Effa_SyaZwani) berkongsi perbualan kakak dan ibunya itu di Twitter miliknya dan mendapat perhatian netizen sehingga mencapai lebih 6,000 retweet dan like.
Menurut Effa, kakaknya itu sebelum ini kerap juga membantu ibu mereka di dapur untuk menyediakan lauk-pauk. Tetapi, dek kerana gemuruh nak memasak di rumah mentua, terpaksa jugalah kakaknya itu memohon pertolongan ibu untuk 'memberi kelas memasak' menerusi WhatsApp. Apa yang menariknya, si ibu sabar sahaja mengajar anaknya itu memasak dengan menerangkan setiap langkah dan bahan apa yang perlu dimasukkan. Para netizen turut berkongsi pengalaman memasak di rumah mentua dan berkongsi cerita bagaimana mereka memasak buat pertama kalinya di rumah orang lain. Untuk kaum lelaki di sana, bantu-bantulah isteri anda jika mereka pertama kali di rumah mentua. Mungkin dengan anda menemani mereka di dapur dapat menghilangkan rasa gemuruh. - CARI
|
13
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
krustykrab replied at 4-4-2018 03:09 PM
zaman dah berubah, tp nasib wanita masih lagi tak berubah...masih kena masak kat rumah mentua...:lau ...
idakamaruddin replied at 4-4-2018 03:12 PM
pelik gak sbb rumah my parent pn mak iols xde pn suruh adik ipar iols masak
skg ni lagila adik ...
pearl.silver: Along dia bahasakn diri saya je dlm family..Skema nye..Mak mertua saja bg test percubaan ni suh masak sardin. Klu test penuh suh wat rendang ayam kuli ...
krustykrab replied at 4-4-2018 03:17 PM
mmg untung kalau dpt mentua mcm tu..tp jgn pulak depan2 x suruh tp belakang umpat keji menantu mal ...
Artemesiaa replied at 4-4-2018 03:14 PM
Sebab tu dah tahu nak kahwin rajin2 ler tengok cara atau buku memasak jangan rajin tengok majalah ha ...
idakamaruddin replied at 4-4-2018 07:08 AM
olololo
iols dh 9 thn kawen x pnh sekali masak kt umah mer huhuh
ADVERTISEMENT