Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau dikenali sebagai Emy AF2016 telah cedera parah akibat kemalangan hingga meragut nyawanya di kilometer 17.8 di Jalan Tamparuli-Ranau.
Kejadian itu berlaku apabila Allahyarham tidak dapat mengawal motosikal yang ditunggang olehnya dan merempuh sebuah lori tiga tan di lokasi yang berdekatan Kampung Kelawat. Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Dzulbaharin Ismail mengesahkan nahas yang berlaku itu dan memaklumkan pemandu lori itu dalam perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu. "Mangsa sedang menaiki bukit dari Tamparuli sebelum motosikalnya hilang kawalan. "Motosikalnya tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut. "Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan," katanya pada Mstar Online. Siasatan masih dijalankan dan diklasifikasikan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara bahaya. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Emy. Moga tabah hadapi dugaan ini. - CARI
|
26
Bagus |
17
Marah |
23
Terkejut |
19
Sedih |
23
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
archerfahid replied at 3-4-2018 12:34 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Maaf..Tp siyes x kenal..lama dah x layan AF
ADVERTISEMENT