Naluri seorang ibu yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya terjawab setelah melakukan pemeriksaan di klinik. Harian Metro melaporkan, selepas melakukan X-ray, Nuramirah Mohd Yusof, 27, mendapati bayinya berusia 13 bulan Muhammad Izz Nuqman Badi’uzzaman tertelan bateri kalkulator.
“Meskipun bayi saya kelihatan aktif dan ceria macam biasa, naluri seorang ibu mengatakan ada tak kena pada dirinya. Bagi mendapatkan kepastian saya bawa anak ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kerana naluri kuat mengatakan dia tertelan sesuatu. “Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya ketika doktor sahkan anak memang tertelan objek. Selepas melakukan imbasan X-ray, barulah saya tahu anak tertelan bateri kalkulator." Kejadian yang berlaku di rumahnya di Puncak Alam, Selangor pada jam 5 petang 28 Mac itu menyaksikan kalkulator yang disusun di atas rak terhempas ke lantai. “Hati saya berdebar sejurus meneliti belakang kalkulator berkenaan kerana skrunya sudah tercabut manakala bateri hilang. Jadi saya terus buka mulut Muhammad Izz Nuqman untuk melakukan pemeriksaan kalau ada benda asing, tetapi gagal mengesan sebarang objek mencurigakan. “Saya cuba cari semula bateri itu sampai jam 8 malam tapi masih tak jumpa, kerana tak sedap hati saya hubungi suami ketika itu berada di China atas urusan kerja. Suami nasihatkan saya supaya bawa anak ke klinik pemeriksaan lanjut. “Hasil pemeriksaan di klinik pertama dan kedua doktor menolak kemungkinan anak tertelan bateri, kerana tidak menunjukkan tanda-tanda seperti muka berubah kebiruan,” tambahnya. Doktor berjaya mengeluarkan bateri tersebut yang sudah berkarat walaupun kurang 24 jam berada di dalam badan anaknya melalui pembedahan. Jika lebih empat hari dalam badan, bayi tersebut mungkin boleh koma berpanjangan atau maut. -CARI
|
3
Bagus |
2
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 3-4-2018 01:04 PM
aku rasa dh 10 tahun aku tk sentuh kalkulator
pakai tepon je mengira
supernaturalee replied at 3-4-2018 01:15 PM
huh!
lagi bahaya tu
bateri henfon kot
ADVERTISEMENT