CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asnaf Mengadu Sempit, Minta Jubin Penuh Rumah

2-4-2018 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15789| Komen: 117

Pengasas pertubuhan sukarelawan kebajikan, The 3rd Force (Thirdforce), Dr Raja Shamri Raja Husin kecewa dengan sesetengah golongan asnaf yang seolah-olah tidak bersyukur.


Laporan mStar Online menyatakan, kekecewaan tersebut diluahkan dalam satu posting di Facebook.

Katanya ada seorang asnaf yang merupakan seorang ibu tunggal dan memelihara anak kelainan upaya mengadu rumah seluas 800 kaki persegi yang dibina di Pasir Putih, Kelantan adalah sempit.

"Beberapa hari lepas ada asnaf yang kita pernah bantu untuk bina sebuah rumah yang sangat cantik dengan rekaan moden kontemporari datang mengadu, katanya rumahnya sempit dan mintak kita pasang 'tile' (jubin lantai) penuh rumah.

"Katanya juga sistem pendawaian kita tak sempurna, wayar kena makan tikus dan kena tambah satu lagi tiang elektrik, kena buat telaga tiub dan macam-macam lagilah... semuanya selepas lebih satu tahun."


Permintaan tersebut menyebabkan Raja Shamri menyesyaki yang ada pihak cuba menghasut wanita berusia 50 tahun tersebut.

Mungkin ada benarnya apabila beliau mendapati ada pihak yang datang berkempen dari rumah ke rumah sempena musim pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Foto: FB Raja Shamri
"Memang biasa berlaku asnaf mengadu begini, tapi biasanya ia melibatkan pihak ketiga dan kita kena faham bahawa asnaf ini bukan sahaja kekurangan dari segi wang, tetapi mereka juga kurang ilmu, akhlak dan iman. 

"Maka, kami kena berlapang dada. Tapi, diharapkan janganlah kufur dan tidak bersyukur kerana ia boleh membuatkan pemberi sumbangan 'lari', katanya kepada mStar Online. -CARI
27

Bagus
26

Marah
20

Terkejut
20

Sedih
13

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 2-4-2018 05:32 PM
allahurobbi.. mujur la tanah itu milik asnaf / saudara-mara / dengan izin tuan tanah.. kalau tak, iols halaukan je si asnaf kufur nikmat tuh..
Quote munahminah 2-4-2018 05:33 PM
Cantiknya rumah.syukur la walaupun xdr tiles tp masih kategori sgt selesa utk duduk melainkn x jga btul2 rumah tu
Quote sofiazara 2-4-2018 05:34 PM
raja shamri pun kuat komplen. sama naik kau dengan asnaf tu. pfghhrtt
Quote mjla 2-4-2018 05:35 PM
Bila khidmat amak masuk campur politik
Jadi politaik
Sudahnye asnaf yg jd mangsa
Quote munchkin 2-4-2018 05:41 PM
Kufur nikmak. Kalau susah mop letak jelah tikar getah senang senang maibtain.
Quote dubuk 2-4-2018 05:52 PM
cantik rumah macam kuih kek
Quote prettyuglybabe 2-4-2018 05:52 PM
cantiknya rumah..
Quote marumaru 2-4-2018 05:56 PM
kiut nye rumah...
Quote jofizo 2-4-2018 06:05 PM
cantik rumah, design chalet...
Quote PongKang 2-4-2018 06:09 PM
comelnya rumah.. best kalo ada tanah kat kampung n buat cmni.. tetiap minggu balik tanam sayur bela ayam etc
Quote LautBiru52 2-4-2018 06:17 PM
Patutnya asnaf tu bersyukur la dah ade tmpt berteduh. Ni komplen minta mcm2. Ramai lg org susah yg perlukan bantuan. Bukan dia sorang yg susah dkt bumi malaysia ni. Ni namanya tak sedar dek untung
Quote Minami2013 2-4-2018 06:19 PM
Org politik ni time nak mengundi je muncul..
Quote insulin 2-4-2018 06:28 PM
Sekali imbas pandang rumah ni kelihatan macam bangunan tandas RnR pula. Hmmm...
Quote CiliPadiSedap 2-4-2018 06:31 PM
dah di beri peha nak wings
Quote Artemesiaa 2-4-2018 06:33 PM
Dah ada yang hulurkan bantuan sampai dapat rumah pun masih tak reti bersyukur,  Kalau dia tak nak mesti ramai je yang lain berminat dengan rumahnya tu.  Nak cantikan lagi sila ler renovate sendiri.  
Quote sinalegna 2-4-2018 06:46 PM
Tak suka silakan berambus. Ramai lg nak dok rumah tu
Quote jazaa100 2-4-2018 06:55 PM
800sf......kau dpt free




baru smlm aku tgok advertisement apmt 568sf  2 bilik harga rm168k.

kau nk mintak pasaang tiles lagi....
kau nak mampss ke senah?.....
Quote jazaa100 2-4-2018 07:01 PM
PongKang replied at 2-4-2018 06:09 PM
comelnya rumah.. best kalo ada tanah kat kampung n buat cmni.. tetiap minggu balik tanam sayur bela  ...

mati ayam kau dera bg mkn seminggu sekali.....
Quote airmineral 2-4-2018 07:11 PM
Aduh, mcmni pula jadinya.
Kalau x bersyukur, diharapkan agar semoga org yang lebih layak dpt mengisi rumah tersebut

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.163343 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top