CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilih Tidur Bekas Suami Di Malam Pertama !

4-9-2013 03:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18176| Komen: 113

4 September 2013               

Pasangan ini telah berpisah sejak Januari lalu, tetapi ditangkap penguat kuasa Jaij kerana masih tinggal sebumbung.


BATU PAHAT , 4 September – Memang pelik dan mengejutkan. Seorang wanita baru berkahwin sanggup memilih ‘bekas’ suaminya dan bukan suami yang baru dinikahi untuk melayari ‘malam pertama’.
        
Bekas suami wanita berusia 55 tahun itu mengaku, mereka berpisah sejak Januari lalu, tetapi masih bermalam di rumah sama, malah perbuatan mereka mendapat restu suami baru bekas isteri.
        
Sinar Harian difahamkan, wanita itu melangsungkan pernikahan dengan suami barunya pagi kelmarin, sebelum memilih untuk pulang ke rumah bekas suaminya dan bermalam di situ pada hari sama.
        
Bagaimanapun, perkara terbabit terbongkar apabila Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat menjalankan serbuan di rumah lelaki itu di Sungai Suloh di sini, jam 3 pagi.

        
Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya melakukan serbuan selepas menerima maklumat awam dan membuat risikan beberapa minggu sebelum itu.
        
Menurutnya, wanita terbabit telah bercerai dengan suami lamanya sejak Januari lalu dan mereka tidak mempunyai anak hasil perkahwinan itu, tetapi masih berhubung.
        
Pada pagi hari berkenaan, wanita terbabit mendakwa telah bernikah dengan lelaki lain dan ketika serbuan dilakukan, wanita itu berada dalam keadaan berkurung di rumah milik bekas suaminya itu.
        
Wanita terbabit mendakwa hanya datang pada malam itu kerana ingin mengemas barangnya untuk dibawa pulang,” katanya.
        
Saiful berkata, alasan itu tidak dapat diterima kerana aduan dan risikan telah lama dijalankan sebelum serbuan.
        
Katanya, sebarang alasan diberikan wanita itu, dia tetap melakukan kesalahan kerana berkurung berdua-duaan di dalam sebuah rumah.
        
Dia sepatutnya sedar kesalahan dilakukan, lebih menghairankan suami baru dinikahi seolah-olah merestui perbuatan terbabit yang sememangnya menyalahi hukum agama
        
Kedua-duanya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.
        
Mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan dilakukan selesai,” katanya



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 4-9-2013 03:13 PM
@Noor2

tiada lagi gambar berkemban...
Quote PitMie 4-9-2013 03:16 PM
Ni sah kejer jurugambar luar sbb nak ikut biasanya gambar penguatkuasa tak diambil sama time penangkapan...ni siap gambar penguatkuasa tgh mencatat keterangan pun diambik sama so kejer jurugambar akhbar mana2 ni.....cuma bersyukur psgn ditangkap time tak berkemban...
Quote InVendeTTa 4-9-2013 03:18 PM
euww...
berita kapel ngeseks berumor 50-an?
no thanks!
Quote wafeenaulia 4-9-2013 03:20 PM
Cerita mcm wajib masuk ci...mcm uols x biasa plak..ci hanya hot klau ada cerita2 cmni
Quote sapp73 4-9-2013 03:21 PM
adakah kena mengena dengan 'cina buta'...pelik semacam aje
Quote lolipopmanish 4-9-2013 03:23 PM
peliknya. camne laki baru dia rela bini dia g rumah bekas suami dia?? musykil
Quote mahmoode 4-9-2013 03:23 PM
biasanya jabatan agama tak bawak cameraman...cameraman paper jer yang lebih2...
Quote PostBanhammer 4-9-2013 03:25 PM
Tapi gambar muka masih diblurkan...
Quote newyork 4-9-2013 03:27 PM
apasal jadi term cina buta hah?
Quote gaara_X 4-9-2013 03:31 PM
cina buta boss......sah
Quote razhar 4-9-2013 03:34 PM
PitMie posted on 4-9-2013 03:16 PM
Ni sah kejer jurugambar luar sbb nak ikut biasanya gambar penguatkuasa tak diambil sama time penangk ...

lu kat sini? @lavajeans
Quote lavajeans 4-9-2013 03:39 PM
PitMie posted on 4-9-2013 03:16 PM
Ni sah kejer jurugambar luar sbb nak ikut biasanya gambar penguatkuasa tak diambil sama time penangk ...

rm50 tara boleh settle ka..??



Quote mikasa 4-9-2013 03:41 PM
cina buta tak dapat apa2 pun...dapat duit je kot
Quote tongkatwaran75 4-9-2013 03:42 PM
sedang beraya tu...
kan byk lagi kuih raya atas meja tu...




sssyyyyhhh...tetiba jer sume skrol kat post 1....he...he...
Quote PitMie 4-9-2013 03:43 PM







Bolayann...
Quote lavajeans 4-9-2013 03:45 PM
razhar posted on 4-9-2013 03:34 PM
lu kat sini? @lavajeans

limapuloh aji tak layan la...



Quote lavajeans 4-9-2013 03:47 PM
PitMie posted on 4-9-2013 03:43 PM
Bolayann...

haiya...

aji ahhh...sudah bosan forum aji tido lak...

tunggu gaji je la aji ek....



Quote razhar 4-9-2013 03:48 PM
lavajeans posted on 4-9-2013 03:39 PM
rm50 tara boleh settle ka..??

kasi up la sikittt....RM50 tu kalo bahagi 10 kepala? tara cukup maaaa........
Quote razhar 4-9-2013 03:50 PM
mcm cine buto je...

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.259659 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top