Penduduk di beberapa buah kampung di Kubang Kerian gempar dengan kemunculan orang minyak yang didakwa mengganggu ketenteraman sejak sebulan lepas.
Gangguan sampai ke kemuncak bila makhluk tersebut cuba mencabul seorang gadis berusia 17 tahun. Astro Awani melaporkan, 'orang minyak' itu memasuki rumah gadis tersebut pada jam 9 pagi dan cuba mengikat sebelum mencabulnya. Seorang penduduk di Kampung Pengkalan Demit, Mohamed Affandi Muhamed, 34 tahun, berkata, penduduk menyedari kehadirannya selepas ternampak kesan minyak hitam di jendela dan pintu. Namun bila penduduk cuba menangkapnya, ia tiba-tiba ghaib.
Justeru itu, penduduk kampung yang mempunyai anak dara sunti meningkatkan pengawasan anak mereka dari menjadi mangsa. Rondaan dan berjaga sepanjang hari juga dilakukan secara bergilir-gilir. Penduduk turut mengadakan solat hajat dan bacaan al-Quran bagi menghalau gangguan 'orang minyak'. Sementara itu mangsa gangguan orang minyak tersebut berkata, dirinya seolah-olah dipukau. "Dia mencalit sesuatu berminyak di pipi. Selepas itu dia mengikat kaki dan tangan saya ke belakang. Bahagian perut saya juga diikat sehingga sukar untuk nak bernafas. "Selepas diikat, dia cuba untuk menghiris tangan saya menggunakan kaca tapi tak sempat sebab jiran yang membuat rondaan naik ke rumah. Lepas tu dia mencekik tengkuk saya sebelum melarikan diri melalui tingkap. "Saya tak tahu makhluk ke apa, saya pun pening tak tahu apa. Badannya kurus dan diselaputi minyak tanpa bau." katanya. Mangsa mengalami trauma dan kini penduduk kampung sedang meminta bantuan pakar yang boleh membantu menghalang gangguan makhluk berkenaan. -CARI
|
2
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 1-4-2018 05:04 PM
Dia pakai minyak ape neh...
Choi punya.org minyak
Sure busuk
AkuMark replied at 1-4-2018 05:55 PM
Siyes ke org minyak tu? Bkn ke slalu kuar memalam? Tu kul brape tu?
jazaa100 replied at 1-4-2018 05:19 PM
Takkn minyak gamat kannn....tak cukup sebotol....
Minyak recycle kott....
hyie replied at 1-4-2018 05:25 PM
orang minyak memang sapu badan kat minyak ke uols?
shernazz replied at 1-4-2018 05:04 PM
Dia pakai minyak ape neh...
Choi punya.org minyak
Sure busuk
insulin replied at 1-4-2018 10:55 PM
Pakai miyak grease. Baru tahan lama...
ADVERTISEMENT