CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Lima Beranak Satu Motor: Suriani Cuma Mahu Cari Makanan

2-4-2018 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15662| Komen: 275

Description: Tular seorang wanita menunggang motosikal dengan membawa empat anak kecik bersama tanpa memakai topi keledar.
Tular seorang wanita menunggang motosikal dengan membawa empat anak kecik bersama tanpa memakai topi keledar.

Tindakan 'berani mati' wanita yang dikenali sebagai Suriani Aziera, 32 itu telah mendapat pelabagai reaksi dari netizen selepas videonya dimuat naik oleh seorang wanita yang berjumpa dengan lima beranak itu di jalan raya.


Bercakap kepada Harian Metro, Suriani menyatakan, "Memang saya sedar bahaya membawa anak naik motosikal tanpa memakai topi keledar, tetapi saya tiada pilihan lain kerana bimbang tinggalkan anak kecil di rumah tanpa pengawasan orang dewasa memandangkan suami dan anak sulung keluar bekerja." 

Foto: Facebook
Tambahnya semasa hari kejadian, dia keluar dari rumah mereka di  Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu ke Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara selepas solat Zuhur untuk mendapatkan bantuan keperluan makanan.


“Bekalan makanan kami sudah terputus, hendak tunggu gaji suami pada 5 April ini masih lama. Jadi, saya cuba ikhtiar mendapatkan bantuan di masjid berkenaan selepas disyorkan seorang kenalan kerana kasihan dengan anak-anak yang hanya makan nasi kosong dan mi segera untuk mengalas perut.

“Saya terpaksa membawa empat anak bersama ke masjid itu kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada anak kecil memandangkan rumah kami di tingkat 14 dan kebetulan ada tingkap terbuka yang belum mampu kami gantikan dengan cermin baru.”

Dia juga bukan berniat untuk meraih simpati dengan cara ini( menjadi tular), sebaliknya segalanya adalah hanya kebetulan.

“Ada juga mengecam saya kerana tidak mempedulikan keselamatan anak, namun saya diamkan saja kerana mereka tidak tahu kedudukan sebenar.

Foto: Harian Metro
“Jika tidak terdesak, saya tidak akan pergi meminta bantuan kerana ini kali pertama dalam hidup saya lakukan perkara seumpama itu. Tetapi demi keselesaan anak-anak, saya tebalkan muka dan tanggung risiko ini." 

Difahamkan suaminya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM800 sebualan.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu meringankan beban lapan beranak terbabit boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat 220071504200 atas nama Suriani Aziera Shahril. -CARI
4

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 1-4-2018 12:01 PM
Allahu..kesiannya...good thing about her, dia tak biarkan anak2 kecil without adult supervision..semoga dipermudahkan urusan ibu ini...lps ni maybe boleh guna family planning (iols hanya mencadangkan shj)
Quote Burong_Hantuk 1-4-2018 12:04 PM
allah..kasihan.moga Allah murahkan rejeki keluarga ini.
Quote batmana 1-4-2018 12:10 PM
jap lagi ada la acik2 bwang yg mengencap, wt pe anak ramai, dh tau susah, nyusahkn

dia igt, org2 cmni bpeluang blaja elok2 cm yg mengencap ni agknye..
ada mental/fizikal yg sama IQ score dgn dia.
igt semua org perfect ka dari kecil?

lainla klu makcik ni ada double PhD, pstu beranak ramai, pstu hidup susah, cmtu logik jugala dihencap..
Quote jazaa100 1-4-2018 12:37 PM
Knp dia bersusah payah gi masjid kat bukit damansara?....

Sbb masjid tu kawasan org kaya & golongan elit.....so, JKKK kat situ tak byk songeh klu nk bg sumbangan...tak mcm kat kawasan PPRT...AJKmasjid simpan duit masjid mcm nk buat harta pusaka...

Aku pernah kerja area situ...klu bln posa...makanan kat situ mewah mcm kat hotel...tapi tak ramai yg dtg berbuka...collig aku tetiap hari terawih kat situ sbb mknan best dia kata... klu Allah suruh puasa 11 bln dlm sethn pun dia sanggup.....
Quote noor2 1-4-2018 12:39 PM
Eh...bukan menteri umno lata semua rakyat hidup senang ka.....semua mampu pergi shopping tu tanda kaya. ....kata munteri2 dan penyokong. ....



Ya Allah sedihnya baca...moga hidup mereka lepas ni dapat bantuan dari pihak yang sepatutnya. ....cuma seriau tengok ....bahaya naik motor ramai2. ..
Quote kuzaime 1-4-2018 12:48 PM
Semoga Allah murahkanlah hendaknya rezeki ibu n anak2 ni..Aamin..
Quote Decaffeinated 1-4-2018 12:48 PM
sudah sampai masanya kerajaan menghadkan jumlah anak yang boleh dihasilkan oleh golongan pprt....

Quote EJALTI 1-4-2018 01:00 PM
Edited by EJALTI at 1-4-2018 05:03 AM

Baitulmal Maiwp Akui Makcik Naik Motosikal Berlima Penerima Zakat Tapi...

http://www.mstar.com.my/berita/b ... maiwp-pasal-makcik/

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2018 12:48 PM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my



PETALING JAYA: Dari Selayang seorang wanita menaiki motosikal ke Bukit Damansara, kehabisan minyak di tengah jalan di bawah cuaca terik, kemudian tersesat pula di Damansara.

Itu belum lagi tindakannya sanggup menempuh bahaya apabila turut membawa empat anak kecilnya bersama melalui lebuh raya yang sibuk.

Begitulah pengorbanan yang ditunjukkan seorang ibu apabila terpaksa melalui perjalanan ‘sukar’ demi mendapatkan bantuan buat mereka sekeluarga.

Video mengenai lima beranak itu yang tular di media sosial sejak Sabtu membangkitkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai nasib dan bantuan yang sepatutnya diterima keluarga berkenaan untuk menjalani kehidupan di ibu kota.

Bagaimanapun, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) menerusi satu kenyataan di Facebook menjelaskan bahawa wanita dalam video yang tular itu merupakan salah seorang penerima zakat oleh badan itu.

“Makcik tersebut ialah salah seorang penerima bantuan zakat kami secara bulanan melalui Skim Bantuan Kewangan Bulanan dan Skim Bantuan Am Persekolahan untuk anak-anaknya,” menurut satu posting di laman Facebook pada lewat malam Sabtu.


Paparan skrin video menunjukkan seorang ibu menunggang motor sambil membawa empat anak kecil.

Bagaimanapun kata Baitulmal Maiwp, penjelasan tersebut bukan untuk menghalang pemberian sumbangan dan bantuan orang ramai kepada keluarga wanita itu.

“Tetapi untuk memberi pencerahan bahawa dia telah dan sedang menerima bantuan zakat kami.

“Marilah wujudkan sebuah masyarakat prihatin yang progresif senada dengan tuntutan Islam,” menurut kenyataan itu lagi.

Menerusi beberapa video yang dikongsi pengguna Facebook, Nrftma Yussman pada Sabtu, dia dan seorang rakannya menceritakan bagaimana mereka berdua berasa lega mampu meringankan sedikit bebanan penunggang wanita itu dengan menumpangkan salah seorang anaknya untuk pulang ke rumah mereka di Selayang.

Pada Ahad, mStar Online melaporkan wanita berkenaan, Suriani Azira Shahril, 32, memberitahu dia merupakan ibu kepada lapan anak tetapi dua daripadanya telah meninggal dunia dan kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu di Kuala Lumpur.



Posting di halaman Facebook Baitulmal Maiwp mengenai video tular lima beranak menaiki motosikal.

Suri rumah itu berkata, keluarganya mendapat bantuan zakat menerusi Baitulmal Maiwp kira-kira RM350 sebulan berikutan kehidupan mereka serba kekurangan.

“Kadang-kadang makan cukup, kadang-kadang tidak. Biasanya saya akan pergi ke Chow Kit untuk mendapatkan sumbangan makanan yang diberikan NGO (badan bukan kerajaan) kepada golongan gelandangan,” katanya sambil menambah suaminya bekerja sebagai kelindan lori yang meraih pendapatan kasar kira-kira RM900 sebulan.

Bagaimanapun, suriani mengakui perbuatannya menunggang motosikal lebih muatan melanggar peraturan jalan raya bahkan membahayakan nyawa mereka lima beranak.

“Sebagai ibu saya sayangkan anak-anak dan tiada niat untuk membahayakan mereka. Tapi membiarkan mereka bersendirian di rumah di tingkat 14 juga mengundang bahaya, jadi saya tergerak hati untuk membawa mereka bersama. Dua lagi anak pula sudah berada di sekolah. Harap semua pihak faham keadaan saya,” katanya.

Quote merrissa 1-4-2018 01:03 PM
batmana replied at 1-4-2018 12:10 PM
jap lagi ada la acik2 bwang yg mengencap, wt pe anak ramai, dh tau susah, nyusahkn

dia igt, org2  ...

kat mana tah aku dgr....deme kata org miskin byk anak sebab xde hiburan lain...so itu je la hiburan dia...

bukan aku yg cakap ek..aku dgr kt tv tuhhh.....

tapi betoi la hang kata...iq dia mmg x setanding org ada phd..so myb dia xtau pon apa itu family planning....
Quote harkktuih 1-4-2018 01:05 PM
Revise la bantuan zakat tu..350 sebulan dizaman gini mmg x cukup..
Quote clarizsa 1-4-2018 01:13 PM
Oh ada suami rupanya
Yelah mmg risaulah kan nk tggal anak kt rumah nnti jd apa2
Tapi usung cmtu pun bahaya
Baguslah ada yg membantu
Tapi x patutla tuduh yg bawa kereta sombong2 pula
Nak tolong tu bagus tp x perlu nk puji sgt diri sndri smbil hina orglain yg ko xtau apa yg dorang lalui dan xde masa nk peduli mak yg gigih usung anak naik moto cmni

Hmmm miskin harta tapi sgt bertuah subur anak ramai
I envy her
Quote namieamuro 1-4-2018 01:30 PM
dgn anak kcik, kos idop kt sni dgn gaji besih suami die..mmg x brp ckup la..apetah lg brg basah skrg mahal..tau2 je harge naik..belom lg kos anak2 mse skolah..kesian la utk golongan sebgini..hrp ade solution utk akak ni..niage jual mknn ke..

sbb tu iols rela hulur bantuan org yg benar2 memerlukan dr tlg org rohingya x sedar diri tuuu..xdpt duit dimarah nye kite
Quote Pixie902 1-4-2018 02:02 PM
harkktuih replied at 1-4-2018 01:05 PM
Revise la bantuan zakat tu..350 sebulan dizaman gini mmg x cukup..

Setuju...RM350 sebulan atau RM11.67 sehari agak sikit...RM600 atau lebih pun sesuai, dapatlah RM20 sehari sekurang2nya dapat beli bahan makanan mentah untuk dimasak...
Dengan kos makanan mentah yang dah naik, ikan kembung sekilo melebihi RM15, ayam sekilo melebihi RM7...bagi la zakat lebih kepada asnaf fakir dan miskin ni...kutipan zakat makin bertambah dari tahun ke tahun tapi dari segi bantuan zakat masih kekal RM350,...harap pejabat zakat dan pihak yang berkenaan dapat dipertimbangkan untuk menaikkan nilai bantuan...
Quote mawar_pink 1-4-2018 02:03 PM
muda lagi adik ni..baru 32 thn..peluang tuk beranak lg mmg ada..harap dia besarkan jela anak yg dah ada tu...kesian lak anak ramai tp makan pakai xcukup..jgn pentingkan diri sendiri jela..
Quote chazey 1-4-2018 02:14 PM
32 ko panggil MAKCIK??! CHHHHHHOOOOOIIIIII!!!
Quote pyropura 1-4-2018 02:51 PM
Petanda ikunumi makmoor, so korang nak konar denial apa pulak macai2 oiii? Suh acik tu ambik loan beli keta?? @tobby @rashiman
Quote mawarika 1-4-2018 02:58 PM
32 dia panggil makcik wey ..abis kita ni nak panggil apa
Quote SINCITY 1-4-2018 03:00 PM
Bingai ke apa?

Hidup susah tidak menghalalkan kesalahan jalan raya. Sepatutnya ibu ni wajib di ambil tindakan kerana mengabaikan keselamatan di atas jalan raya.
Quote little_sis 1-4-2018 03:05 PM
Kos hidup mmg mahal skrg.. dgn anak kecik2 lg, mmg gigih dia dptkan bantuan2 yg lain.. ibu ni muda lg.. insyaAllah anak2 dh besar nnti ok la tu nnti..

Lihat semua komen(275)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.064569 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top