Ramai yang berkira-kira untuk memiliki rumah sendiri kerana harga rumah sekarang dikatakan sangat mahal dan di luar kemampuan sesetengah orang. Tetapi jika kena caranya, kalian sebenarnya mampu untuk membeli rumah mampu milik. Bagaimanapun, ramai yang mengambil keputusan untuk menyewa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah. Apabila menyewa rumah, kenalah ada rasa tanggung jawab untuk menjaga rumah yang disewa itu dengan baik dan membayar pada waktu yang ditetapkan kepada tuan rumah. Manakala tuan rumah juga perlulah memastikan penyewa berada dalam keadaan yang selesa semasa tinggal dirumah tersebut agar berpatutan dengan bayaran yang diterima setiap bulan. Perkongsian oleh seorang tuan rumah ini begitu menarik. Dia dilihat begitu memahami dan tidak berkira dengan penyewa yang menyewa rumahnya selama bertahun-tahun itu. Sebagai ganjaran, dia mengecualikan bayaran selama sebulan bagi tempoh setahun. Pengecualian bayaran sewa rumah untuk sebulan begitu bermakna bagi penyewa. Apa tidaknya, wang tersebut boleh digunakan untuk menampung keperluan yang lain. Ramai netizen yang mengimpikan dapat tuan rumah seperti lelaki tersebut. Siapa yang tidak seronok apabila tidak perlu membayar sewa rumah untuk sebulan kan? Ada netizen yang berharap tuan rumah yang lain turut berbuat demikian. Ramai juga netizen yang mengadu mendapat tuan rumah yang tidak bertimbang rasa. Segala kerosakan perlu ditanggung sendiri malah menaikkan lagi harga sewa rumah. Nasiblah kan? Jika tuan rumah baik dan bertimbang rasa, ramai la netizen yang akan mendoakan yang baik-baik. Untung tuan rumah tersebut kerana netizen masing-masing mendoakan agar dimurahkan lagi rezekinya. Tetapi kalau nak dapatkan tuan rumah yang baik, kalian pun kenalah jaga rumah yang disewa itu dengan baik dan bayar sewa tepat pada masanya. Barulah dapat jalinkan hubungan baik antara penyewa dan tuan rumah. Setuju tak? - CARI |
11
Bagus |
28
Marah |
28
Terkejut |
23
Sedih |
14
Lawak |
48
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 2-4-2018 03:44 PM
tuan rumah i jumpa sekali dua je masa nak bayar deposit rumah..
then dah duduk lebih 5 tahun takde ...
ADVERTISEMENT