CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Main Pakai Je Rupanya Tahan 10 Minit Saja? Baca Tips Doktor Tentang Sunblock..

2-4-2018 12:01 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6874| Komen: 32|Original author: Oleh: Amiey

Kita seringkali mendengar tentang kepentingan 'sunblock' atau krim perlindungan cahaya matahari dalam melindungi kulit dari sinaran berbahaya matahari. Namun masih ramai yang tidak pasti cara pemilihan sunblock yang betul untuk kulit masing-masing. 



Malah, ramai yang beranggapan bahawa lebih tinggi nilai SPF sunblock itu, perlindungannya adalah lebih baik. 

Menyedari hakikat kurangnya kesedaran orang ramai akan cara pemilihan dan pemakaian sunblock yang betul, seorang pengguna Facebook, Dr Erna Nadia tampil berkongsi ilmu mengenai sunblock bagi mengelakkan kekeliruan. 


Apakah itu SPF & kenapa perlu pakai sunblock?
Setiap sunblock mempunyai tahap spf yang berbeza. Apakah spf? Menurut Dr Erna, spf adalah kata singkatan untuk 'Sun Protection Factor'. Ianya penting sebagai pelindung kulit kita daripada pancaran terik matahari, sementelah lapisan atmosfera kita yang semakin menipis. 

Pancaran matahari ini sangat berbahaya kepada kulit kita dan boleh menyebabkan masalah kulit seperti jeragat, kulit menipis dan juga kanser kulit! Di pasaran terdapat sunblock dengan tahap spf yang berbeza; spf15, spf30 dan spf 50. Mana satukah yang terbaik?

Spf sebenarnya merupakan kiraan yang merujuk kepada berapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan berapa kuat sesuatu produk itu untuk melindungi kulit kita. 

Bagaimana memilih spf yang sesuai?
Untuk mengira berapa kuat sunblock itu melindungi kulit kita, kita lihat spf yang terkandung di dalamnya, dan tolak satu daripada nilai spf tersebut. Sebagai contoh:

SPF 15
=(15-1)/15
=0.93. Selepas itu darab dengan 100%
Jadi, spf 15 mampu melindungi kulit kita dari sinaran uv sebanyak 93%.

SPF 30
=(30-1)/30
=0.96. Darab dengan 100%
Jadi, spf 30 mampu melindungi kulit kita dari sinaran uv sebanyak 96%

Tetapi ianya tidak bermakna setiap orang perlu menggunakan spf yang tinggi untuk perlindungan maksimum. Eh, kenapa pula?

Warna kulit berbeza perlukan tahap spf yang berbeza!
Mungkin ada yang tidak tahu, semakin gelap kulit seseorang itu semakin rendah spf yang diperlukan kerana kulit yang gelap mampu bertahan di bawah sinaran uv lebih kuat disebabkan pigmen melanin yang tinggi. 

Bagi mereka yang berkulit cerah (putih), sunblock hanya bertahan selama 10 minit.
Bagi yang berkulit kuning langsat, ianya hanya bertahan selama 15 minit dan yang berkulit sawo matang pulak, selama 20 minit!
Gambar Hiasan. (Foto: Carian Google)
Cara pengiraan yang betul adalah seperti berikut:
Untuk orang berkulit putih, jika menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.
Untuk kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.

Pilih sunblock yang ada perlindungan UV A & B!
UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja.
Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ).

Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.
UVA & UVB (Foto: Carian Google)
Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja?
PA itu adalah kiraan untuk UVA.
+++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock.
Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.

Bagi mereka yang tidak terlalu terdedah dengan sinaran matahari ataupun hanya terdedah untuk seketika sahaja (kurang dari 4 jam), spf 15 sudah memadai. 
Foto: Facebook Erna Nadia

Dr Erna turut memberi tips untuk memakai sunblock:

Foto: Facebook Erna Nadia
Kesimpulannya, untuk memilih sunblock, kita perlu sesuaikan dengan jenis kulit serta aktiviti yang dilakukan. Pilih yang mempunyai perlindungan UVA & UVB dan seeloknya ambil jenis spray, gel atau krim.

Dr Erna juga turut menyarankan pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari bagi mengekalkan keanjalan kulit. 

Diharap perkongsian daripada Dr Erna ini dapat membantu anda semua membuat keputusan dalam memilih sunblock terbaik untuk kulit masing-masing! -CARI
14

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 2-4-2018 12:06 PM
owhhh
baru ku tahu ada kiraan2
dan kesesuaian ikut jenis kulit

Quote ninjago 2-4-2018 12:14 PM
Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria 'waterproof'.


aikkk.. dah tu yg banyak kt pharmacy yg waterproof sunblock tu means nipu ke camne??
Quote chicozinn 2-4-2018 12:19 PM
meollss beli je tapi jarang pakai..hmm..buang wet je
Quote epis 2-4-2018 01:08 PM
kalau lotion tgn tu bile basuh tgn je dah hilang.. xkn asyik nk pakai je lak kan..
Quote Artemesiaa 2-4-2018 01:34 PM
Dengan kepanas membahang lit lit macam kat Malaysia ni yang spf50 paling sesuai.  Kalau nak ikutkan yang duduk dalam bangunan tu pun kena pakai juga sebab kepanasan dan bahang matahari tetap boleh menembusi tingkap juga.  Tak semesti bila nak pergi tepi pantai je baru gigih memasing nak pakai
Quote CiliPadiSedap 2-4-2018 01:45 PM
thankz dr erna.
Quote PongKang 2-4-2018 01:51 PM
cuaca yg membahang ni kalo keje luar mmg aku balik umah jap mandi n kuar keje balik
Quote CardiGans85 2-4-2018 02:55 PM
Sunblock sy mesti pakai everyday
Quote mongoose_kidz 2-4-2018 03:09 PM
makeup remover - cleanser - toner - serum - moisturizer - sunblock/sunscreen - foundation...
betul ke step ni...confusenya aku..
ade sape2 boleh confirmkan ??
Quote jazaa100 2-4-2018 03:46 PM
Artemesiaa replied at 2-4-2018 01:34 PM
Dengan kepanas membahang lit lit macam kat Malaysia ni yang spf50 paling sesuai.  Kalau nak ikutkan  ...

Spf tinggi berisiko tgi utk dpt kanser....
Quote jazaa100 2-4-2018 03:48 PM
UVA - Ageing

UVB- Burn

*formula aku utk cari sunblock....aku ni pelupa..jd kena guna cara ni...

Quote jazaa100 2-4-2018 03:49 PM
mongoose_kidz replied at 2-4-2018 03:09 PM
makeup remover - cleanser - toner - serum - moisturizer - sunblock/sunscreen - foundation...
betul  ...

Foundation dulu pastu baru sunblock
Quote indenial 2-4-2018 03:50 PM
mongoose_kidz replied at 2-4-2018 03:09 PM
makeup remover - cleanser - toner - serum - moisturizer - sunblock/sunscreen - foundation...
betul  ...

Betul uols
Quote chinta89 2-4-2018 03:53 PM
aku pakai sunblock muke mesti naik jerawat!
Quote Levespa 2-4-2018 04:01 PM
artikel ni tertinggal point sangat penting...pilih la
sunblock yg takde bahan penyebab cancer or hormone disruptors.. macam  oxybenzone, avobenzone, paraben, vitamin A (makes skin more sensitive to uv rays)
-lowest risk is physical sunblock like zinc oxide.. yg chemical punya memang tak elok lagi2 yg spray sebab boleh masuk ke dlm sistem badan melalui inhalation juga
Quote Artemesiaa 2-4-2018 04:03 PM
jazaa100 replied at 2-4-2018 03:46 PM
Spf tinggi berisiko tgi utk dpt kanser....

Tapi itu saranan pakar kulit utk cuaca disini
Quote makton 2-4-2018 04:26 PM
jazaa100 replied at 2-4-2018 03:49 PM
Foundation dulu pastu baru sunblock

bukan ke kena pakai smua skin care dulu sebelum fd??

lepas sunblock, pakai primer. then baru tenyeh fd.
Quote jazaa100 2-4-2018 04:39 PM
makton replied at 2-4-2018 04:26 PM
bukan ke kena pakai smua skin care dulu sebelum fd??

lepas sunblock, pakai primer. then baru te ...

Entah.....

Setau akk, sumblock tu yg last....
Quote LautBiru52 2-4-2018 06:42 PM
makton replied at 2-4-2018 04:26 PM
bukan ke kena pakai smua skin care dulu sebelum fd??

lepas sunblock, pakai primer. then baru te ...

Tepat sekali makton

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.112238 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top