Seorang pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Xiamen Gaoqi di Xiamen, China telah dipotong gajinya selepas video dia sedang berjalan di tarmac (landasan) tular di media sosial.
Menurut Inc, juruteknik berusia 25 tahun itu tidak menyedari dirinya sedang dirakam seorang penumpang wanita ketika dia yang lengkap berseragam, berjalan bersebelahan pesawat memakai fon kepala dan cermin mata hitam. Malah, netizen turut membandingkannya dengan pelakon Korea Selatan yang tampan iaitu Song Joong-Ki. China News Service melaporkan bahawa video tular itu menyebabkan majikannya mengenakan potongan gaji sebanyak 10 peratus kerana dia melanggar kod etika berpakaian syarikat selain memasukkan tangannya ke dalam poket ketika dirakam.
Majikannya dilaporkan bimbang penampilan kasual dan 'tidak kemas' itu akan memburukkan imej syarikat memandangkan lebih satu juta pengguna telah menonton video berkenaan di laman Tik Tok. Pengguna laman web berkenaan termasuk 'peminat barunya' mengecam tindakan majikan terbabit kerana dipercayai memotong gaji pekerjanya akibat cemburu dengan ketampanannya sehingga mendapat pujian meluas di Internet. Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak menyalahkan majikannya atau individu yang merakamkan video berkenaan. "Ia salah saya kerana menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dan melanggar kod etika berpakaian ketika bertugas. "Tolong jangan salahkan penumpang yang memuat naik video saya itu dan saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak berniat menyusahkan saya," katanya. - CARI
|
idakamaruddin replied at 30-3-2018 03:11 PM
x paham mata dorang ni cane bole detect ensem
Pekerja Lapangan Terbang Dipotong Gaji Kerana Terlalu Tampan
Orix replied at 30-3-2018 06:21 AM
Selagi tak cabut spec mata, tak de gambar close up, iols xkan percaya heols hensem....
ADVERTISEMENT