Bagi penggemar durian sudah pasti mereka juga akan meminati tempoyak. Tetapi jika tempoyak yang dibeli atau dihasilkan tidak menepati citarasa pasti akan membuat anda hilang selera untuk menikmatinya. Tidak cukup dari itu mungkin juga bila anda buka bekas tempoyak dan ambil sedikit kemudian ditutup dan disimpan, bila ingin guna kembali bahagian atasnya sudah rosak atau bertompok-tompok. Suka atau tidak terpaksalah ambil bahagian tu dan buang. Sudahlah harga tempoyak sekarang mahal sekilo lebih RM20 lepas tu kena pula buang bahagian yang rosak. Tetapi jangan khuatir kami ingin berkongsi petua memastikan tempoyak anda tahan lama seperti yang dikongsikan oleh pemilik Facebook Noryana Ismail di dalam Group Masak Apa Hari Nie (MAHN).
Menurut Noryana isi durian yang sudah dibuang bijinya itu perlu digaulkan bersama gula dan garam sehingga sebati. Sebelum mengisi isi durian yang digaulkan itu, sedikit taburan gula perlu diletakkan dipermukaan balang untuk mengisi tempoyak. Selepas itu bolehlah dimasukkan tempoyak tadi sehingga 3/4 bekas dan taburkan sekali lagi gula di atas permukaan durian itu dan tutup. Noryana juga turut berpesan agar tempoyak berkenaan diletakkan di luar dahulu selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Setiap kali menggunakan tempoyak untuk memastikan permukaan atasnya tidak berkepala dan hitam anda disarankan menabur sedikit gula. Jadi mudah bukan. Mungkin anda boleh cuba tips ini dan lihat sama ada ia berjaya atau tidak. Selamat mencuba. -CARI
|
12
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
16
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 30-3-2018 03:17 PM
kitaorang buat tak taruk gula pun..
garam je cukup..
petua my mom, tempoyak jangan kena tangan/kul ...
zasssssss replied at 2-4-2018 11:37 AM
setuju........bubuh garam je dan asingkan durian ngan bijinya mengunakan pisau.......langsung tak ...
ADVERTISEMENT