Walaupun selepas seminggu tanpa kepala, seekor ayam di Thailand masih hidup lagi. Mail Online melaporkan, ayam tersebut ditemukan di daerah Mueang Ratchaburi di wilayah Ratchaburi di tengah Thailand.
Haiwan tersebut kini dipelihara oleh seorang doktor haiwan dikenali sebagai Supakadee Arun Thong yang menyifatkannya sebagai wira sejati. Gambar tersebut menjadi tular, menyaksikan ayam tanpa kepala itu bebas bergerak seperti biasa. Doktor wanita itu berkata, “Haiwan mempunyai kehidupannya sendiri dan jika ia mahu terus hidup, kami akan memberinya makan. Namun dia bimbang lidah ayam itu akan tercabut kerana organ tersebut sudah semakin mengering.
Setakat ini masih belum jelas bagaimana ayam itu kehilangan kepalanya namun ada yang berpendapat kerana diserang haiwan lain. “Siapa yang mahu mengambil dan menjaganya? Ayam itu perlukan penjagaan sepanjang hayat. Saya perlu akui haiwan ini adalah wira sebenar dengan jiwa yang kental." Sebelum ini pada 1940-an, seekor ayam di Amerika Syarikat yang dinamakan Mike pernah hidup paling lama tanpa kepala iaitu selama 18 bulan.-CARI
|
8
Bagus |
9
Marah |
3
Terkejut |
4
Sedih |
1
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT