CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tetap Enggan Kebumi Anak !

4-9-2013 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13748| Komen: 83


MOHD. DAMANHURI  bersama isterinya, Zaiton Hassan semasa hadir di  Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak semalam.

IPOH, 4 September – Mayat pemuda yang mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur sebuah rumah di Taman Saz di sini 20 Julai lalu tidak akan dikebumikan dan  dijangka terus berada di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sekurang-kurangnya dua minggu lagi.


Semalam, bapa kepada Allahyarham Sherul Aizam (gambar kecil), Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, kekal dengan pendiriannya  untuk tidak mengebumikan jenazah anaknya selagi bedah siasat kedua tidak dilakukan.

Katanya, dia sedar tindakannya itu kurang disenangi banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan masyarakat  yang mahu jenazah Sherul Aizam segera dikebumikan.



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omong 4-9-2013 04:42 AM
tt kena troll ngan akhbar kosmo. . .

cerita basi


Quote nurul_akmar 4-9-2013 07:21 AM
citer basi gak. ada rasanya org lain dah pos. minggu lepas or 2 minggu lepas. mcm tu la kiranya.
Quote yipun_78 4-9-2013 07:27 AM
Kenapa pemuda mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur sebuah rumah? apa autopsi pertama keluarkan yg pak dia x mo terima eh?
Quote awekcunbanget 4-9-2013 07:28 AM
TT ni selagi ada berita kat ceruk hulu suma dia nak paste. mmg jenis manusia keje nak senang xyah pakai otak
Quote yipun_78 4-9-2013 07:32 AM
awekcunbanget posted on 4-9-2013 07:28 AM
TT ni selagi ada berita kat ceruk hulu suma dia nak paste. mmg jenis manusia keje nak senang xyah pa ...



dia nk hit thread dia sampai 5000 threads kat sini kot..
Quote batmana 4-9-2013 07:52 AM
takpela hak dia..nk wat cmne.
Quote dainese 4-9-2013 08:01 AM
nih bukan citer basi..nih update..semalam dalam berita dok citer kisah nih lagi..sebab bapak dia still x puas hati...
ape nak jadi la..seksa mayat tu...
Quote aTiKah_aYuNi 4-9-2013 08:17 AM
ape lagi yg pakcik ni mau.....
Quote aechae 4-9-2013 08:17 AM
dah buat 2nd autopsy pn xnk terima lg ke??
Quote juliez 4-9-2013 08:18 AM


Smlm bapak dia naik mahkamahkan, buat permohonan utk 2nd autopsi anak dia. So yg ni updatenya laa.. Bkn cerita basi
Quote juliez 4-9-2013 08:22 AM


Bapa belum mahu kebumi anak demi keadilan





Mohd. Damanhuri
IPOH 3 Sept. - ''Selagi saya tidak dapat keadilan dan kebenaran, saya akan terus menunggu (tidak mengkebumikan). Keputusan saya muktamad,'' tegas bapa kepada pemuda yang ditemui mati tersepit pada palang besi tingkap dapur ketika cuba menceroboh masuk rumah jirannya 20 Julai lalu.

Meskipun menyedari tohmahan dan kutukan yang diterima kerana tidak mengebumikan jenazah anaknya, Sherol Aizam, 27, yang telah meninggal dunia sejak 46 hari lalu, namun Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai bapa untuk mengetahui punca kematian anaknya itu terlebih dahulu.

Tambah Mohd. Damanhuri, apa yang diharapkan kini hanyalah proses permohonan untuk bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat anaknya itu dapat berjalan secepat mungkin.

''Ahad lalu, empat pegawai dari pejabat imam besar masjid negeri juga ada datang. Saya telah serahkan gambar-gambar kecederaan yang dialami Sherol Aizam dan saya suruh mereka menilaikan sendiri mengapa saya bertindak (tidak mengkebumikan) begitu.

''Macam-macam tohmahan saya terima, tapi tindakan saya bersebab. Kecederaan anak saya melampau dan mereka boleh kata akibat sesak nafas. Dari kaki sampai ke kepala macam dihempap bangunan,'' katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pada 27 Julai lalu, Mohd. Damanhuri membuat laporan polis di Balai Polis Manjoi di sini kerana tidak berpuas hati dengan siasatan kematian anaknya dan menuntut supaya siasatan dan bedah siasat kedua dilakukan.

Menurutnya, keraguan itu berpunca selepas dia melihat keadaan mayat Sherol Aizam yang terdapat kesan-kesan kecederaan pada badan.

Dalam kejadian 20 Julai lalu, tindakan Sherol Aizam yang cuba menceroboh masuk sebuah rumah jiran berakhir apabila dia ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Dia yang merupakan anak sulung dipercayai masuk dengan membuka tingkap di bahagian sinki dapur rumah jenis teres setingkat itu yang terletak selang beberapa buah dari kediaman keluarganya.

Jenazah Sherol Aizam sehingga ke hari ini, disimpan di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainon (HRPB).

''Saya tidak mahu bila sudah dibacakan talkin, jenazahnya nanti dikorek semula. Itu lebih menyeksakan. Jadi lebih baik segala urusan dunia kita selesaikan dulu. Bila sudah dikebumi, saya tidak mahu usik lagi,'' katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 11 September depan untuk pihak pendakwa membalas afidavit tambahan yang telah dikemukakan oleh Damanhuri melalui peguamnya, Mohd. Fitri Asmuni.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani menetapkan tarikh itu setelah Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Amri Johari memaklumkan pihaknya memerlukan sedikit masa untuk meneliti afidavit yang telah difailkan oleh pihak pemohon.

Sementara itu, Mohd. Fitri ketika ditemui selepas prosiding berkata, permohonan itu dibuat bukan kerana pihaknya tidak mengakui laporan bedah siasat pertama tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak dijelaskan dalam laporan tersebut khususnya mengenai kesan lebam yang dialami mangsa.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jena ... dilan#ixzz2dsYGaRVd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote Simunggu 4-9-2013 08:27 AM
juliez posted on 4-9-2013 08:22 AM
Bapa belum mahu kebumi anak demi keadilan

kalau demi KEADILAN...tanya Nuat....hehehe
Quote True-X 4-9-2013 08:30 AM
Kosmo ni kire mulia skit dr utusan ek... tp kompeni sama kann
Quote FanTasyCreaTioN 4-9-2013 08:33 AM
juliez posted on 4-9-2013 08:22 AM
Bapa belum mahu kebumi anak demi keadilan

Thanks uols ..
paham dah naper pak dier berkeras sangat

''Saya tidak mahu bila sudah dibacakan talkin, jenazahnya nanti dikorek semula. Itu lebih menyeksakan. Jadi lebih baik segala urusan dunia kita selesaikan dulu. Bila sudah dikebumi, saya tidak mahu usik lagi,'' katanya.




Quote AHMADVW 4-9-2013 08:33 AM
ahli pekida bpk dia nih, umno mentality
Quote mdmyana 4-9-2013 08:34 AM

Kesiannya...
Quote haryatie 4-9-2013 08:35 AM
tak kesian ker kat arwah ank tu
ishhh..ntah laa..
Quote gaara_X 4-9-2013 08:35 AM
Manusia yg imannya senipis bawang.......malu ambo sebagai umat islam
Quote juliajie80 4-9-2013 08:36 AM
Muka anak dia mcm bdk baek2 je kan..
Kesian...
X pe la bapa dia nk keadilan utk ank dia... mgkin 2nd autopsi nnt dia puas hati...wpn sama dgn the 1st one..
Hak dia kot sbg bapa...

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058283 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top