Anugerah Ballon d'Or ataupun pemain terbaik dunia sememangnya menjadi idaman semua pemain bola sepak dunia. Sejak beberapa edisi, hanya 2 nama yang sering bersilih ganti memegang trofi paling diidamkan itu iaitu, pemain Argentina, Lionel Messi dan pemain Portugal, Cristiano Ronaldo. Bintang Brazil, Neymar antara pencabar terdekat yang saban tahun cuba meningkatkan prestasi sendiri. Baru-baru ini bekas pemain legenda Brazil Roberto Calos mendedahkan Neymar mungkin sukar untuk memegang trofi Ballon d'Or selagi Messi dan Ronaldo masih ada di padang. Malah katanya, bayangan untuk menghampiri trofi itu juga amat sukar. "Saya yakin dia melakukan tugas baik dengan memilih untuk bersama PSG (Paris Saint Germain). "Untuk menjadi pemain terbaik di dunia dia perlu meninggalkan Barca kerana di sana ada Messi. "Malah dia juga kena sedar bahawa selagi Messi dan Ronaldo masih beraksi, dia hanya akan berada di tepat ketiga," ujarnya kepada France Football. Nampaknya, memang cukup sukar untuk bukan sahaja Neymar malah mana-mana pemain bola sepak dunia pun mahu menangkis pengaruh besar Messi dan Ronaldo yang sememangnya cukup gah sebagai pemain bola terulung dunia. - CARI
|
2
Bagus |
6
Marah |
18
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT