Ekspresi wajah yang menenangkan akan mempengaruhi pelbagai pihak. Bayangkan jikalau anda pergi ke kaunter pertanyaan dan tiada langsung ekspresi senyum pada kakitangannya, apa yang anda rasa? Ada rasa nak terbalikkan kaunter tu tak? Tetapi berbeza dengan seorang budak lelaki di Britain yang hanya mempunyai 1 sahaja ekspresi muka. Muka itulah senyum, marah, sedih dan lain-lain.
Joshua Burdall kanak-kanak di hospital Hull Royal Britain yang menghidap penyakit distrofi miotonik kongenita (Congenital Myotonic Dystrophy) yang hadir secara genetik. Penyakit ini melemahkan otot dalam badan penghidapnya secara beransur-ansur dan membuatkan dia tidak boleh menggerakkan sesetengah anggota badan. Joshua mula didiagnos dengan penyakit ini selepas menghadapi kesukaran untuk bernafas semenjak lahir dan ia merupakan salah satu simptom miotonik distrofi (DM).
Menurut pengarah unit penyelidikan biologi RNA dari Instritut Teknologi Massachusets di Amerika Syarikat, Dr. éric Lécuyer menyifatkan ianya sebagai satu keadaan berlakunya kecacatan genetik dalam tubuh badan penghidapnya. Ibu Joshua adalah penghidap DM dan tidak boleh menjaganya di rumah. Akibatnya Joshua dijaga oleh pihak hospital sehingga dia diambil menjadi anak angkat oleh Ruane, salah seorang jururawat yang pernah bekerja di hospital Joshua ditempatkan. Menurut Ruane, penyakit ini sangat kompleks dan jarang berlaku atas faktor kepelbagaian kesannya terhadap individu. Bukan sahaja tidak boleh senyum, Joshua juga sukar untuk bertutur, menelan makanan dan cepat penat. Kesian sungguh! Atas keprihatinan sebagai ibu angkat, kehidupan bersama Joshua amat mencabar tetapi beliau tidak akan sesekali cuba untuk berputus asa merawat Joshua. Runtun hatinya apabila setiap kali Joshua cuba untuk bercakap, pasti tidak boleh kerana otot mulut dan lidahnya terlalu lemah untuk berbuat demikian. Apa yang pasti, kalau main pakau (poker) Joshua mesti menang. Semua orang tak boleh nak agak apa yang difikirkannya. -CARI |
12
Bagus |
19
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
20
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT