CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Traffic Jammed' Rupanya 1 Dunia - Alasan Paling Popular Lambat Ke Tempat Kerja

29-3-2018 12:41 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7343| Komen: 16|Original author: Oleh: Azza Rai

“Traffic jammed, bos!”
Itu alasan paling popular bagi mereka yang sering lewat ke tempat kerja.

Kesesakan trafik ibarat mimpi ngeri bagi mereka yang bekerja di waktu kemuncak, apatah lagi jika berada di bandaraya seperti Kuala Lumpur yang tahap sesaknya memang paras hidung. Itu belum dikira jika ada kemalangan yang membuatkan makin lambat ke pejabat kerana jalan sesak teruk!

Namun, adakah ia hanya berlaku di Malaysia sahaja?


Jawapannya, tidak. Menurut kaji selidik CareerBuilder (perkhidmatan sumber manusia Amerika Syarikat) mendapati terdapat persamaan alasan yang diberikan oleh pekerja apabila mereka lewat ke tempat kerja di seluruh dunia.

Dan kebanyakannya memang pernah anda dengar!

Antaranya, lebih separuh mengatakan masalah kesesakan trafik (51 peratus), terlajak tidur (31 peratus), faktor cuaca (28 peratus) dan terlalu penat untuk bangkit dari katil (23 peratus).



Eh! Serius? Ada pekerja yang sangat jujur memberikan alasan baru bangun?

Tinjauan terhadap lebih 1,000 pengurus sumber manusia dan 800 pekerja sektor swasta membuktikan bahawa semua manusia sebenarnya adalah sama walaupun berbeza bangsa, budaya dan agama.

Bagaimana pun alasan yang sama ini lah akan membuatkan majikan muak jika pekerja tidak mengambil alternatif bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, jika trafik sesak, mungkin boleh tinggal berhampiran tempat kerja, jadi lebih jimatkan masa.

Mungkin sebab itu lah, kajian ini juga mendapati alasan tidak masuk akal yang diberikan oleh pekerja tersebut. Antaranya ialah seorang pekerja lelaki berkata ”Saya ada ‘morning sickness’ atau ‘mabuk hamil’!


Satu lagi alasan pelik, “Ahli kaji bintang memberi amaran saya akan terbabit dalam kemalangan, jadi saya memandu mengikut laluan yang jarang diikuti, menyebabkan saya lewat selama sejam”.

Macam-macam alasan yang dicipta untuk membenarkan kesilapan tersebut. Paling kelakar ialah seorang wanita mendakwa bulu mata palsunya bergumpal menyebabkan dia datang lambat.

Tidak hairanlah jika 42 peratus majikan memecat pekerja mereka atas alasan sering lewat. Maklumlah 25 peratus berkata mereka lewat ‘sekurang-kurangnya sekali sebulan’ manakala 12 peratus lagi akan lewat ‘sekali dalam tempoh seminggu!

Foto Carian internet

Nampaknya ia seperti sindrom atau penyakit yang sukar untuk dirawat. Malahan golongan ini juga berpendapat istilah kerja 9-5 perlu diubah, manakala 88 peratus berkata tempoh masa bekerja seharusnya menjadi lebih fleksibel.

Andakah yang tergolong sebagai pekerja yang selalu datang lambat akibat kesesakan trafik? - CARI 


5

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 29-3-2018 01:21 PM
Pengurusan masa kenalah bijak jadi tak perlulah sentiasa beralasan sebab dah lambat sampai
Quote palmolive 29-3-2018 02:52 PM
patut la aku tengok yg bwk kereta ni rilek jek main henpon masa jem..
dh sedia ngan alasan
Quote vanillaninja 29-3-2018 03:30 PM
Sangat jarang sampai lambat sebab I memang jenis keluar rumah awal. I tak suka stuck in traffic.
Quote Cari-Azza 29-3-2018 09:19 PM
palmolive replied at 29-3-2018 02:52 PM
patut la aku tengok yg bwk kereta ni rilek jek main henpon masa jem..
dh sedia ngan alasan

Ini memang geram, kita yang kat belakang ni macam hape jer dok follow, rupanya depa main phone!
Quote alieyrina 29-3-2018 11:15 PM
Sama mcm aku..kuar awal nak elak jammed..ada org paling umah paling dekat opis..dia sorg  paling kerap mai  lewat..dah bos bagi kelonggaran dia masuk lambat stgh jam dari semua org..guess what..masih jugak lambat seperti biasa..aku pelik org mcm ni
Quote MakareyumSuciey 30-3-2018 07:13 AM
Perlu ke tanya soalan....Traffic jam...adakah hanya di Malaysia?...yg buat kajian pun...hmmm
Quote adeqbun 30-3-2018 09:07 AM
Gile kau nak bg alasan terlajak tidur dan terlalu penat..baik la ai bg alasan jem..
Quote LostStar 30-3-2018 09:42 AM
adeqbun replied at 30-3-2018 09:07 AM
Gile kau nak bg alasan terlajak tidur dan terlalu penat..baik la ai bg alasan jem..

saya kalau terlajak tidor.. memang bagitaw gitu la.. bos kata dia x suka orang menipo.. so jujur jekla... huhu
Quote adeqbun 30-3-2018 09:48 AM
LostStar replied at 30-3-2018 09:42 AM
saya kalau terlajak tidor.. memang bagitaw gitu la.. bos kata dia x suka orang menipo.. so jujur j ...

bg alasan terlajak tido mati la kene memo dari HR sbb boss tamau endorse..kekeke..bos ai sgt perfect idupnye kot xleh ade kelewatan/kesilapan/keselingkuhan..kekekekkee
Quote LostStar 30-3-2018 10:06 AM
adeqbun replied at 30-3-2018 09:48 AM
bg alasan terlajak tido mati la kene memo dari HR sbb boss tamau endorse..kekeke..bos ai sgt perfe ...

seram jugak kalau dapat bos gini.. tak lama lagi mengundi ni.. harap bos kekal lg la.. huhuhuuu
Quote chicozinn 30-3-2018 03:30 PM
aku memang slalu gak pakai alasan jem..habis umah aku ke tmpat kerja amik mse dua jam kalu jem..tu baru jem blum lori rosak la, eksidennye lagi..
Quote palmolive 30-3-2018 03:38 PM
Cari-Azza replied at 29-3-2018 09:19 PM
Ini memang geram, kita yang kat belakang ni macam hape jer dok follow, rupanya depa main phone!:ma ...

minggu ni aku dh jumpa 2 pemandu yg perangai buruk cmni..
depan dia leh masuk 2 bijik bas..

yg satu aku sempat hon...respond jugak la segera letak henset tu pandang jalan depan..
yg sekoq lg tak sempat nak hon..

yg selalu aku duk pikir..
yg makan babi sesuai la pernagai cm babi..
yg jijik ngan babi ni naper perangai sama jek
Quote drivethru 30-3-2018 04:03 PM
palmolive replied at 30-3-2018 03:38 PM
minggu ni aku dh jumpa 2 pemandu yg perangai buruk cmni..
depan dia leh masuk 2 bijik bas..


Secara jujur nyer, aku susah nak tgk perempuan india guna phone masa drive. Ini mmg aku respect.
Quote Cari-Azza 30-3-2018 04:30 PM
palmolive replied at 30-3-2018 03:38 PM
minggu ni aku dh jumpa 2 pemandu yg perangai buruk cmni..
depan dia leh masuk 2 bijik bas..

pastu dok bawak line tengah macam nothing happened. Kalau ko nak bersiar-siar, sila bawa di taman kan? Hehe

Quote palmolive 30-3-2018 04:38 PM
drivethru replied at 30-3-2018 04:03 PM
Secara jujur nyer, aku susah nak tgk perempuan india guna phone masa drive. Ini mmg aku respect.

setakat ni belum jumpa pompuan india guna phone time drive
Quote palmolive 30-3-2018 04:39 PM
Cari-Azza replied at 30-3-2018 04:30 PM
pastu dok bawak line tengah macam nothing happened. Kalau ko nak bersiar-siar, sila bawa di taman  ...

dia banyak masa lapang..mmg tak pikir org nak cepat gi amik anak kt sekolah ker, kt pengasuh ker

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.114506 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top