Sekali lagi nama Uji Rashid dipalit dengan kontroversi apabila mendapati kisah dia dan anaknya, Cico tular dengan perkara negatif. Dia amat sedih dengan apa yang berlaku dan pernah menyebabkan dirinya malu hingga tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun. “Aib itu memang ada dan siapa yang tak malu. Selepas macam-macam berita mengenai saya dan Cico tersebar, saya rasa tak nak keluar jumpa sesiapa pun. “Rasa macam nak lari daripada semua orang. Waktu itu, kalau Tuhan tunjuk keajaiban nak tarik saya pergi, saya akan pergi,” katanya kepada mStar Online. Dia akui sangat marah dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada keluarganya sehingga ada yang mengatakan bahawa Cico buta dan sudah menjadi bisu. “Saya yang menjaga dia. Orang cakap macam-maam pasal dia tentulah saya terasa dengan semua itu,,” kata Uji ketika ditemui Mstar Online di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Apa pun yang terjadi, dia redha dan anggap ini adalah ujian Tuhan kepada keluarganya untuk menebus kekurangan diri. Sudah ada hikmah disebalik ujian ini. “Saya terima sebagai satu ujian dan sedar kalau ini cara tuhan tarik dan menyuruh tebus salah serta dosa kita, Dia beri kita satu hikmah. “Setiap hari, setiap masa saya minta doa pada Tuhan kalau ini anak yang saya kandungkan tolonglah pulihkannya,” ujar Uji. Dia bersyukur setelah beberapa kali menjalani rawatan terapi, Cico juga semakin pulih dari hari ke hari. Penyakit Cico tidak diketahui puncanya sehingga dia tidak boleh bercakap dan bergerak menjalani kehidupan seharian seperti orang lain pada awalnya. “Cuma percakapan dia masih belum lancar tapi dia boleh mengucap dan melaungkan azan selepas beberapa kali belajar,” katanya. Semoga Uji Rashid dan Cico terus kuat meneruskan hidup dan diharapkan juga Cico cepat sembuh supaya dapat membantu ibunya yang telah banyak berkorban untuk keluarga mereka. - CARI
|
28
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rospinki replied at 28-3-2018 03:17 PM
sambil baca lagu kak uji bermain2 dimindaku.."bila memandang wajahmu hatiku merasa pilu..♪b ...
myakayina replied at 28-3-2018 03:20 PM
peminat k.uji ler tuh..sampai ingat lirik bagai..
ADVERTISEMENT