CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bibik Degil Bawa Anak Majikan Masuk Dapur. Lihat Apa Jadi..

28-3-2018 11:59 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5510| Komen: 16|Original author: Oleh: Whitney


Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak. Kebanyakan mereka sangat mengambil berat tentang keselamatan anak-anak tidak kira di dalam atau di luar rumah. Bagaimanapun, menjaga keselamatan anak-anak adalah suatu perkara yang sangat mencabar. Tidak bermakna apabila tidak membawa anak-anak ke luar rumah, mereka berada dalam keadaan yang selamat. Sedangkan di rumah juga boleh berlaku pelbagai kecederaan yang mungkin ibu bapa sendiri tidak dapat menduga.

Dapur adalah bahagian yang tidak begitu selamat untuk kanak-kanak terutamanya anak yang masih kecil. Sebab itulah ibu bapa patut menghalang anak-anak masuk ke dapur kerana terdapat pelbagai bahaya seperti peralatan memasak yang tajam, masakan atau minyak menggoreng yang panas, air panas dan sebagainya yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

Laman Facebook bernama Rizal Hakimm berkongsi kisah benar yang berlaku pada seorang kanak-kanak yang baru berusia setahun yang melecur akibat tersimbah minyak panas yang sedang mengggoreng. 

Ia boleh dijadikan peringatan dan iktibar kepada semua ibu bapa agar tidak menggalakkan anak-anak berada di dapur ketika sedang memasak.


Siapa tak gila apabila tengok sosok tubuh yang kecil sedang menggelupur kepedihan setelah badan tersimbah minyak masak yang panas.


Walaupun si ibu sememangnya terlalu cerewet bab keselamatan anaknya, tetapi apabila berada di bawah jagaan bibik, ia tidak mampu untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.


Biarpun sedih kerana dipersalahkan atas kemalangan tersebut, tetapi ramai yang datang untuk membantu dan keadaan menjadi lebih mudah.



Netizen berasa sangat takut sehingga tidak mahu langsung anak-anak mereka berada di dapur selepas membaca perkongsian itu.  Mengelak itu lebih baik daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini.


Kebiasaannya para ibu yang terlebih risau dan takut sekiranya berlaku apa-apa kepada anak-anak mereka. Jadi, ramai juga netizen yang sudah berhati-hati dan menjaga pergerakan anak-anak. Maklumlah, anak-anak memang suka mengikut pergerakan ibunya walau ke mana sahaja termasuklah ke dapur untuk memasak. 


Komen netizen ini, selain diri sendiri yang perlu sentiasa mengambil langkah berhati-hati, mereka juga turut berpesan kepada pasangan masing-masing agar lebih teliti dalam aspek keselamatan anak-anak ketika berada di rumah terutamanya dibahagian dapur.


Ingatlah, malang tidak berbau. Mungkin ibu bapa perlu tegas dalam mengikut peraturan di rumah agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Apa pendapat kalian? - CARI 

7

Bagus
4

Marah
14

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 28-3-2018 12:30 PM
Sedihnya

Tak dapat nak imagine perasaan maknya bila tengok keadaan anak masa kejadian tu. Semoga both parents serta Aafa diberikan kekuatan dan ketabahan.
Quote VespaSilbe 28-3-2018 12:41 PM
Ada org lain tolong bolehla.. cuba hg ja kat ghumah tu sorang.
Quote gummygummy 28-3-2018 12:51 PM
kesiannya baby. anak demam pon da risau ni kan kena minyak panas. Allahu
Quote mieymiey 28-3-2018 12:54 PM
Comeynya budak tu. Kesian
Semoga cepat sembuh.
Quote moonbug 28-3-2018 12:57 PM
Comel anaknya. Parut kekal la tu kan
Quote insulin 28-3-2018 01:01 PM
Kesian anak ni.
Quote manehnya 28-3-2018 03:37 PM
mmg mak dia x pandai jaga anak, baru sorang, tunggal pun x reti ... bengap

pastu nk salahkan bibik, sbb x nak salah kan diri sendiri... bodoh...........

tah ka sndiri dok hp masa tu..
Quote lumie 28-3-2018 03:46 PM
Kesiannya Bdk tu ya allah.........
Quote yayangmama 28-3-2018 03:50 PM
kesiannya...gud looking bb nie
Quote leylapple 28-3-2018 04:03 PM
bibik tu tgh menggoreng... yang si emak rilek2 kat ruang tamu + dapur sambil2 susun pinggan tu buat apa lah pulak...

tu baru anak sorang....

Quote Artemesiaa 28-3-2018 05:36 PM
Kesiannya kawasan dapur amat lah bahaya buat kanak2 sebesar tu
Quote diss69 30-3-2018 12:26 AM
Ya Allah menitik air mata nengok baby ni..Bila dh besar hrp dpt buat operation ilangkan parut..
Quote pumpkingirl 30-3-2018 10:02 AM
Kesiannya budak tu..hensem comel..
Maknya tak cerita mcm mana kena minyak panas tu.cuma salahkn bibik bawak ke dapur.kalau bibik bawak budak tu ke dapur mesti dia dukung sambil menggoreng sbb kecik lagi kan.
Ni kalau tersimbah dr atas mcm tu gayanya mcm budak tu yg tanpa pengawasan mungkin merangkak sendiri ke bibik yg sibuk di dapur..yg bibik tgh sibuk menggoreng tak perasan tersadung pulak budak tu n tertelangkup kuali lalu tertumpahla minyak panas..donespeku.
Nauzubillahiminzalik.
Quote tumpanglalu74 13-9-2023 08:13 PM
Kalo jumpe bibik dengan babi tembak mana dulu?
Quote liyamariska 14-9-2023 03:07 AM
nape benarkan bawa budak kecil masuk dapur? sepatutnya dielakkan supaya tak mau bende2 camni berlaku, bila dah terjadi maka berlakulah acara tuding menuding menyalahkan sesama sendiri bagai...
Quote Buritan 14-9-2023 06:14 PM
vanillaninja replied at 28-3-2018 12:30 PM
Sedihnya

Tak dapat nak imagine perasaan maknya bila tengok keadaan anak masa kejadian tu. Semog ...

Cacat kekalla anaknya

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.073198 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top