KUALA LUMPUR 3 Sept. - Pemuda UMNO Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan mengadakan tayangan khas filem Tanda Putera di pawagam Cathay di Cineleisure, The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada pukul 8.30 malam ini. Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, tayangan filem itu secara percuma dibiayai sepenuhnya oleh Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap filem itu selain bagi menyemarakkan lagi kempen bulan kemerdekaan yang ke-56 negara. "Tayangan filme itu di bawah seliaan Jamawi Jaafar yang terletak di bawah biro itu. Ramai pelakon Tanda Putera seperti Zizan Nin, Rusdi Ramli dan pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba akan hadir. Tayangan terhad untuk 300 penonton," katanya kepada Utusan Online hari ini.
|
kudajantan77 posted on 3-9-2013 03:47 PM
sponsor satu Malaysia terus la ... setakat 300 kat The Curve mcm palat saja ...
ChildrenOfBodom posted on 3-9-2013 03:44 PM
kesian. mcm upah org mai dgr ceramah jugak. kain pelikat dpt pree dak? popcorn? songkok tggi ka?
ChildrenOfBodom posted on 3-9-2013 03:44 PM
kesian. mcm upah org mai dgr ceramah jugak. kain pelikat dpt pree dak? popcorn? songkok tggi ka?
ADVERTISEMENT