CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertekak Dan Ludah Makanan Pelanggan, Wanita Dibuang Kerja

26-3-2018 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3746| Komen: 12

Seorang pekerja restoran bertindak melampau dengan meludah makanan yang dipesan oleh pelanggan.

Video tular yang telah tersebar di Internet itu menyaksikan pelanggan dan pekerja saling menjerit di restoran makanan segera, Pita  Pit di Missoula, Amerika Syarikat.


Mirror UK melaporkan, insiden berpunca apabila pelanggan tersebut cuba mencapai pekerja wanita yang berada dalam kaunter makanan restoran tersebut.


"Saya layan awak dengan baik! Awak seorang perempuan s****l.


"Yeah, sebab sudah pukul 3 pagi dan saya ingin pulang ke rumah."

Seorang pengguna Facebook, ShaeLynn MadPlume yang memuat naik rakaman tersebut menulis, "Hanya beberapa pelanggan yang cuba menghidupkan perniagaan mereka!!! Pita Pit (cawangan Missoula tidak tutup sehingga pukul 3 pagi).

"Kami datang pada pukul 2 pagi dan membuat pesanan daripada perempuan yang bersikap perkauman ini yang meludah makanan kami kerana 'mengalami hari yang teruk dan tidak mahu datang bekerja!

"Sebelum itu, dia bertekak dengan kami beberapa saat sebelum kami merakam insiden ini!"

Sementara itu pemilik restoran menerusi Facebook memberi penjelasan,

"Saya terlihat posting di Facebook dan berasa malu dengan apa yang berlaku kepada kamu di kedai kami.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku sebelum dan selepas video ini diambil, tapi jangan dengar spekulasi.

"Saya boleh lihat apa yang berlaku di dalam video dan tiada alasan bagi kelakuan pekerja tersebut dan saya boleh jamin dia tidak lagi bekerja dengan kami.

"Kalau saya dan suami boleh undurkan masa, kami akan lakukannya. Ia tidak mungkin boleh dilakukan. Kami dengan ini ingin memohon maaf secara ikhlas kepada kamu, rakan kamu dan penduduk Missoula."-CARI
8

Bagus
15

Marah
23

Terkejut
28

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 26-3-2018 11:20 AM
Pompuan yang meludah tu mengingatkan akak dengan ex skulmet lesbian akak. Kakak ada perasaan geli melihat beliaw apatah lagi dengan aksi ludah2 sebegitu. Kasihannya owner kedai pprt (uniform pekerja pon takda, buka pulok sampai pukol 3 pagi. Bisnes sendu ye dek?) dapat pula pekerja pprt yang kena hadap customer pprt (dah ko cabar2 worker tu untuk ludah makanan ko, perlu ka play victim hanat?)  sebegitu.
Quote manehnya 26-3-2018 11:30 AM
kesiannya pulak tgk dia, nmpak cam ada masalah
Quote auntyonion 26-3-2018 11:43 AM
Bab ludah meludah ni teringat kat kwn acik, si pprt yg culture shock bile lepas study dpt keje plak tmpt dy practical.da biasa idop susah,Keje gov bajet dia blh berlagaklah sound org sane sini.sekali haku ckp jgn sampai aku jumpa kau mase konbobesen ak ludah mukaa kau anat...taw takot terus mintak mahapp...{:laugh{:laugh{:laugh padahal aku gertak jelah woii {:yameteh
Quote bloodyamuk 27-3-2018 02:03 AM
apa punya selekeh rambut terjurai2 handle fnb ni...ewww
Quote iloveselangor 27-3-2018 02:11 AM
Missoula ni kawasan redneck ke?

Nampak mcam pprt je.

Ke lebih kurang macam flat pprt  je Missoula ni?
Quote saladin780 27-3-2018 07:49 AM
chazey replied at 26-3-2018 11:20 AM
Pompuan yang meludah tu mengingatkan akak dengan ex skulmet lesbian akak. Kakak ada perasaan geli me ...

pita pit takdelah pprt sgt kot..ada 500 cawangan kat 11 negara (hasil googlelan)..tp pprt nya pekerja dia ni..mcm mental pon ada..yg pelanggan pun sama bodo
Quote thanawat 27-3-2018 08:08 AM
apakah peristiwa seperti ini juga sering terjadi di negara Malaysia kita ini?
Quote shernazz 27-3-2018 08:22 AM
Trus iols x lalu.makan pagi ni.cisss
Quote ChildrenOfBodom 27-3-2018 08:31 AM
welcum to Pita Spit
Quote rainbowrainz 30-3-2018 10:37 PM
Kwsn drug addict
Quote dani-rox 30-3-2018 11:50 PM
never mess w/ the ppl who handle your food
tengok2 maid korang, lepas kena sound silap2 ada secret ingredient dlm gulai
Quote clarizsa 31-3-2018 01:03 AM
Hahhaha
Customer pun biadap kot
Silapla p ludah depan2

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058407 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top